Sekali Lafaz Disahkan Lancar

Sekali Lafaz Disahkan Lancar 

Asalamualaikum Warga Maya & Pengunjung Setia Blog Etuza.

Inilah pengisian blog Etuza kali ini, sebuah lakaran kenangan yang sangat manis sekali, iaitu pernikahan Nurintan Bte Jahidin dan Haimin Bin Wairin, di kediaman ayah mentua 17 Sept 2016. Dengan sekali lasaz sahaja disahkan lancar tanpa tersekat-sekat.Nurintan itulah jodoh bagi pemuda tinggi lampai dan berwajah lembut serta bekerja di Hospital Besar Keningau yang Allah hantar sebagai pendamping kehidupan saudara Haimin. Kini sahlah Haimin masuk dalam lingkungan keluarga Haisin, kerana Haimin berstatus menantu sama juga dengan Etuza yang menjadi menantu dalam keluarga isteri Etuza.Syukur ke hadrat Allah.Bertambah besar keluarga ini.Alhamdulilah.

Tengok gambar ini .
Sekali lafaz sahaja disahkan lancar
Juru nikah ialah Ustaz Mohd Alias Bin Ali. Bersaksikan dua orang dari belah pihak lelaki dan pihak perempuan. Termeterai lah janji untuk hidup bersama pasangan berpakaian pengantin putih berseri ini.Kepada tetamu yang hadir terima kasih atas kehadiran anda.Persandingan di rumah Nurintan pula lepas ini akan ada lakaran kenangan yang sungguh indah. Tunggu!

Kena tandatangan borang pernikahan...

 Sesi taklik dibacakan..sebagai suami dan sebagai isteri 
kena mendengar taklik dari  suami...
 Sesi memberi mas kawin dan meredhakan berkati pasangan ini.
Serta doa majlis perkahwinan.Tahniah Haimin & Intan
 Ha sempat si baju hijau Blogger ( Blogger ke?) bergambar
Abadikan kenangan bersama, saat bahagia rugi tak ambil
kenangan seumpama ini...

Jangan lupa klik SINI dan SINI

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.