Restoran Pelbagai Service Pilihan Pelanggan

Restoran Pelbagai  Pilihan Pelanggan 
Asalamualaikum & Salam Sehati Sejiwa.

Hari ini, ada kesempatan berjalan-jalan bersama tiga anak Etuza. Memang dirancang sedari awal dengan memberitahu anak-anak tersayang agar dapat bersedia untuk mengikuti acara Etuza hari sabtu ini.

Ada ketikanya perasaan boring asyik di rumah sahaja, kena keluar juga untuk bersosial di luar rumah. Pastinya acara yang paling tidak dilupakan ialah pergi mencari makan buat mengalas perut. 

Untuk tujuan itu kali ini, Etuza membawa anak-anak dan isteri ke Restoran Food Terrace ( Restoran Terbuka Yang Pelbagai Pilihan Oleh Masyarakat Berbagai Suku Bangsa). Restoran ini berada di dalam Pasar Raya Giant, Keningau. Memang sedia maklum telah lama tahu adanya restoran ini, cuma tidak berkesempatan datang ke sini. Kali ini dengan izinNya maka dapatlah masuk ke dalam restoran yang sangat bersih ini. ( Lihat gambar yang sempat di kongsikan kepada anda)


Restoran ini bukanlah terlalu luas, kerana kesesakan akan berlaku andainya pelanggan datang beramai-ramai. Sejuk dan segar dengan suasana sekitar yang berhawa dingin, depan dan tepi kanan terdapat pelbagai perkhidmatan dapur memasak dan menyajikan menu masakan tradisional mahupun masakan moden dengan harga berpatutan. Untuk menu yang Etuza ambil nasi, sayur dan lauk ayam masak kari serta minuman nescafe ( simple saja ). Sementara anak-anak mahukan masakan makanan yang masih panas, sudah pastilah bahan makanan yang baru di masak. Memang sedap kelihatannya. ( Maaf tidak sempat ambil gambar) 

Food Terrace Restoran ini konsepnya sangat  bagus, perkhidmatan cepat dan begitu pentingkan kebersihan. Pilihan makanan terserah pelanggan untuk memilihnya. Makanan goreng-goreng ada dapur disediakan dengan tukang masak yang handal-handal belaka. Mahukan hanya minuman sejuk ( ABC ) sila sahaja ke kaunter yang menyediakan minuman sahaja. Sebegitu juga service soto ayam dan sebagainya ada di hadapan mata. Tetapi pastikan bayar dahulu baru bawa tray ke ruangan meja makan anda.

Inilah antara suasana di Food Terrace..cantik..

Hendak makan guna tangan ..boleh ke hadapan
cuci tangan di tempat yang menarik..boleh tengok muka
sebab ada cermin besar ..ambil kesempatan tengok muka..
Jangan sikat rambut  lah kerana perbuatan ini rasanya kurang sopan di hadapan pelanggan makan..

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.