Naik Bukit Ke Majlis Perkahwinan

Naik Bukit Ke Majlis Perkahwinan
Asalamualaikum semua warga alam maya

Apa khabar hari sabtu yang indah ini. Hari ini paparan blog tentang jalan menuju ke rumah ayah mentua Etuza. Cabarannya kena melalui jalan bukit dan pastilah ada rasa mengah bagi yang kurang stamina. Tengok dalam gambar ada kelihatan tetamu duduk agaknya sedikit penat apabila naik ke puncak teratak ayah mentua.

Kali ini akan ramai tetamu hadir di majlis perkahwinan anak ipar Etuza. Iaitu anak gadis kepada anak adik isteri Etuza yang akan berlangsung hari ini. Dijangka pernikahan pada jam 9.00 pagi dan Etuza di minta untuk menjadi salah seorang saksi utama. Selain itu tugas Etuza mengambil gambar, juruacara majlis dan menyambut tetamu. Petang semalam sudah berbincang hal mengacara mohon ada yang sedia menggantikan Etuza kerana Etuza lebih suka mengambil gambar. Doakan semoga majlis ini lancar ya, walaupun tetamu kena rasa mengah dahulu sebelum ke majlis saudara ipar Etuza.

Jemput tengok gambar perjalanan menuju ke teratak ayah mentua..





 Inilah puncak teratak ayah mentua..minta maaf lah yadatang ke sini kena sabar..hendak sampai mestilah lalu jalan bukit Jika tidak anda tak akan sampai..Suasana kampung katakan ya...

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. sekali-sekala terasa damai menginap di teratak desa nun jauh di atas bukit...nak ke Keningau la mcm ni.

    BalasPadam
  2. JALAN MENDAKI SAMBIL MENIKMATI SUASAA KAMPUNG YG AMAN DAMAI LAGI INDAH.

    BalasPadam
  3. Hihi, kena xcercise dulu ye sbl dpt makan, pastu dah habis makan sekali lagi kena xcercise sehabis makan masa turun kan.

    BalasPadam
  4. salam singgah , teringat zaman study macam ni lah kena panjat bukit hari hari

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.