Konvoi Motor Mengiringi Pengantin Lelaki

Konvoi Motor Mengiringi Pengantin Lelaki 


Asalamualaikum & Salam Sehati Sejiwa.

Saat yang ditunggu telah tiba,sebaik jam 2 petang pengantin lelaki dari Kg. Penagatan Laut telah di arak menuju ke rumah pihak pengantin perempuan. Terlebih dahulu kedengaran bunyi motor dari kalangan remaja dan beberapa orang dewasa naik bukit dan turun bukit menuju ke rumah Nurintan Jahidin. Kedengaran begitu binggit tetapi begitulah realiti apabila lebih kurang 12 motor bergabung bunyi mendahului rombongan pengantin lelaki. Etuza kurang sempat mengambil gambar kerana sedang berbual dengan mak dan ayah Etuza yang baru Etuza jemput dari rumah ke majlis ini.

Cuaca xerah dihari bahagia uda dan dara,
Pengantin diarak kompang dipalu dengan gempaknya,
Disambut girang seisi keluarga.
Menjuju ke pelaminan  di singgah sana.

Baju ceria bertemakan puple bercahaya,
Keris di pinggang bagaikan pahlawan terbilang,
Sigadis ayu tersenyum penuh bergembira,
Kini berjalan seiringan sungguh gemilang.

( mohon maaf, ada ke yang sudi bantu betulkan pantun ni)

 Gembira si gadis ini berjaya naik ke puncak..teratak kami
tetapi ke turun bukit lagi lah pula...ke rumah sebelah, rumah pengantin
perempuan, rumah sebenar ipar Jahidin Haisin

Inilah yang sempat di rakam..konvoi motor..

Ini juga motor yang dahulu turun dari bukit 
ke rumah pengantin perempuan..

Ha itu dah tiba, pengantin lelaki yang segak sekali
dipayung kan oleh abangnya ...sungguh ceria..

Kompang di palu, pengantin dah tiba..
menunggu pengantin perempuan menjemput ketibaan suami..

Sempat berbual dengan ayah mentuanya ...menunggu isteri
menjemput ke kerusi pelamin yang indah..

Ha itu dia kedua mempelai.. bagaikan pinang di belah dua
sama cantik sepadan dan ceria sekali..

Keluarga Jahidin berpakaian hijau menyambut
dan mempersilakan pengantin lelaki dan rombongan 
masuk ke majlis ini, seterusnya pasangan terus ke pelaminan mereka..
keluarga sebelah lelaki pula semuanya berpakaian maron/
Hebatnya....
Pada masa ini, Etuza telah mempersilakan rombongan lelaki untuk memenuhi ruang kosong dalam majlis. Sementara pengapit perempuan dan lelaki dijemput untuk duduk di pelamin mereka yang berkonsepkan warna hijau dan putih. Gabungan yang nampak segar mata memandang. Pegalaman mengacara majlis perkahwinan orang kali pertama. Agak beza dengan pengalaman mengacarakan majlis hari keluarga atau majlis rasmi sekolah .Apapun tujuannnya sebagai pemudah cara, memeriahkan majlis serta hanya perlu menyatakan acara mengikut jadual dalam majlis. 

Melarut banyak bicara risau pula ada yang boring dan malas hendak dengar. Cuma Etuza sedaya upaya menceriakan majlis dan mengajak pengantin itu tersenyum gembira. Teringat pula kalau jemput pelawak rasanya lagi meriah majlis ni bermula kan..hehehehe..ok lah tunggu gambar memori pengnantin bersanding sambil di renjis air mawar dan bunga mawar.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. kebersamaan bersama teman, terutama pada salah satu sahabat yang sedang akan melaksanakan pernikahan tentu sangat menjadi momen terbaik jika kita pun mengiringi langkahnya dengan konvoi kendaraan motor...seruh

    BalasPadam
  2. Terima kasih komen yang membina untuk golongan yang sda berkahwin ya

    BalasPadam
  3. dah lama x pergi kenduri kahwin heeee

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.