Gugur Juga Airmata Apakan Daya Serunya Dah Sampai

Gugur Juga Airmata Apakan Daya Serunya Dah Sampai

gambar kenangan Bulat - dahulu masuk blog.Kini dah tiada.

Asalamualaikum semua. Salam Jumaat hari ini.

Nampaknya menitis juga air mata anak-anak Etuza bila dua ekor dalam minggu ini kucing peliharaan kami mati dalam keadaan tidak di ketahui apakah punca pada awalnya. 

Kucing betina berbulu tiga warna yang sangat cantik, kami namakan Kandera kini telah mati. Bangkai Kandera mama jumpai di kebun getah kami pada awal pagi hari selasa. Mama kata terkejut hingga dia terundur ke belakang. Rupanya Kandera dah mati. Kandera buat apa ya ke kebun tu. Kami andaikan Kandera di patuk ular atau kena cuaca sejuk ketika waktu malam hari. Sebab malam tu Etuza rasa sangat sejuk hingga berselimut ketat-ketat. Sedih juga bila kucing yang ada kelebihan serta mahir tangkap tikus.

Kucing jantan yang lahir sahaja tak diperdulikan oleh ibu dia juga mati, kami jumpai kemarin dalam keadaan menyayat hati. Si Bulat namanya, bulat kami gelar begitu kerana semua kaki dia seolah dibalut bulu putih, semua putih seolah berstokin kelihatan kaki Bulat. Kucing yang anak Etuza pelihara sehingga gemuk dan amat manja. Ank sulung Etuza menangis kemarin, sangat sedih atas kematian Bulat yang terjatuh dalam air dalam, tidak ada sesiapa yang menyedari ketiadaan Bulat dalam dua hari. Bulat memang selalunya berada di luar rumah sebaik matang sebagai kucing jantan yang sering mencari kucing betina. Ketiadaannya dalam sehari kami anggap pergi ke rumah jiran yang jauhnya 200 meter dari rumah Etuza. Entah mengapa semua seisi keluarga Etuza tidak ada kerisauan sebab selalunya Bulat pandai balik ke rumah, rupanya Bulat telah menemui ajalnya. Anak lelaki Etuza ketika ke kebun juga terkejut dalam air dalam ada langau hinggp badan sesuatu dan ada terhidu bau.

Ya Allah si Bulat katanya, dia ( Ikmal ) teriak memberitahu ada kucing mati. Anak sulung Etuza melihat sambil meraung menangis dan menyembunyikan diri ke dapur sepanjang masa Etuza kuburkan.

Gambar - gambar kenangan..


Anak si Putih..ini juga mata diserang selesma
yang teruk..tak dapat diselamatkan..


Si tompk yang nampak muka sudah mati.
Serangan selesma juga..tiada selera makan..
Tidak dapat diselamatkan...

Catat Ulasan

3 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.