Faktor Kegagalan Dalam Team Sukan

Faktor Kegagalan Dalam Team Sukan 

Asalamualaikum semua.

Agaknya jutaan rakyat Malaysia dalam masa kini lena dibuai mimpi. Etuza bangun malam dan tak dapat tidur, elok rasanya updated blog seketika. Cari dan cari idea, keluar dalam minda tajuk entri di atas. Hal sukan.Entri ini terhasil selepas solat hampir seperdua malam.

Ramai orang menggemari sukan termasuk Etuza dan anak-anak. Bersukan dalam satu team dalam pertandingan sungguh menyeronokkan. Tetapi saat diumumkan keputusan terasa getaran lain, jika tidak baik keputusan kena akur dengan hati yang terpaksa dan rela menerima. Punca kegagalan dalam sukan secara team ( berpasukan ) ialah antaranya.

1. Latihan yang kurang, tiada latihan walaupun tahu acara sukan dipertandingkan akan tiba juga dan pasti tiba, terutama sukan peringkat sekolah setiap tahun. Ini berlaku akibat ketiadaan masa untuk datang berlatih bersama pasukan yang disertai.

2. Disiplin yang rendah, disiplin tidak baik pada beberapa ahli pasukan. Sebagai contoh ahli lain datang berlatih tetapi ada  beberapa  ahli yang tidak kisah, dengan kata lain ahli itu malas serta beralasan untuk datang di acara latihan, saringan dan ke final. Kes ini teruk sekali pasti team yang diwakili terkebelakang dalam pertandingan.

3. Tidak kuat semangat, kurang stamina cepat lelah dan akan mengalami keadaan pengsan seketika atau selepas berlari dan sebagainya. Faktor ini kemungkinan semangat yang lemah dan stamina yang rendah. Di sinilah letaknya keperluan mengambil makanan yang membina otot dan makanan bergizi.

4. Dorongan atau sokongan ibubapa yang lemah. Ibubapa terlalu memanjakan anak-anak hingga anak-anak kurang bermotivasi dalam acara sukan. Walhal sukan dapat membina semangat dan jati diri yang tinggi.Anak kata tidak mahu datang ke sekolah ibubapa berkenaan pun akur dan membiarkan tanpa mengegaskan perlu sangat ke sekolah kerana akan ada acara sukan.

5. Teknik yang lemah. Sebagai contoh teknik menyambut buton larian berkumpulan.Peserta tidak bergerak ke hadapan ketika menyambut buton yang dihulur oleh peserta.Teknik-teknik yang diajar tidak diaplikasikan kerana lemah pendirian, tidak berkeyakinan dan kurang semangat bertanding walaupun peserta itu semua berpeluang menjuarai sesuatu acara sukan.

5 faktor ini adalah punca kegagalan sukan dalam berpasukan. Semoga sedikit memberi kesedaran kepada sesiapa yang membaca dan perturunkan pembaikan kepada individu atau kepada team yang perlu diberi motivasi.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Wkmsalam.
    Satu faktor lagi ialah bakat semula jadi.

    BalasPadam
  2. salam...

    terima kasih kerana masih setia ikuti ikuti blog bilis saya.

    BalasPadam
  3. salam...

    terima kasih kerana masih setia ikuti ikuti blog bilis saya.

    BalasPadam
  4. KEJAYAAN DLM SUKAN BOLEH DICAPAI DGN USAHA BERSUNGGUH SPT DIBIDANG LAIN JUGA.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.