Di Hotel Universal Port

Di Hotel Universal Port  Osakan Jepun

Gambar ini hanya kenangan cuma..
abadi dalam kamus hidup Etuza

Asalamualaikum semua penggemar maya..

Ketika ini Etuza berada di Ibu Kota Sabah, Kota Kinabalu. Bermalam semalam atas urusan keluarga. Bila berjauhan di Ibu Kota ini, terbayang saat indah ketika melancong di Osaka Jepun. Satu negara yang sangat terkenal masa sekarang. Anda ada melihat bagaimana bangganya seorang artis kita Jihan Muse yang selalu ke udara dalam rancangan Jejak Jihan di Jepun.Banyak tempat yang Jihan Muse pergi itu ada bebarapa kawasan atau tempat yang Etuza kunjungi. memang teruja.Hebatnya Jepun sebuah negara yang Allah kurniakan banyak keindahan bagaikan sebuah tempat yang indah di persada dunia. Sebetulnya memang Jepun negara indah sekali untuk anda jadikan satu tempat melancong suatu masa nanti.

Bestnya di Hotel ini ..hotel mewah ...merasa seketika..

Di Hotel Universal Port, adanya berbagai kemudahan yang cukup memuaskan hati tiap pelanggan yang datang berkunjung dan menginap untuk beberapa hari. Tempat tidur yang luas dilengkapi dengan set perabot mewah sambil duduk menghadap lautan yang tenang serta bangunan yang unik, kita dapat rasakan satu nikmat keajiban di Osaka Jepun. Nak tengok rancangan TV juga boleh tetapi kena sabar dengan bahasa Jepun. Mandi air panas, masuk dalam kolah mandi ...wah!! benar-benar bagaikan satu keadaan yang dirasakan bagaikan mimpi tetapi satu kenyataan. Di Osaka Jepun rupanya. 
Saat indah ini, kini hanyak kenangan ..Osaka Jepun 
Boleh kah datang lagi menemui wilayahmu...Tapi bila?

Cuma hakikatnya, beberapa hari di Jepun terasa hendak balik segera lah pula. Banyak benda bermain di fikiran. Cukuplah lima hari, merantau ke sana ke mari, kenali serba sedikit budaya orang Jepun. Mereka baik. ramah dan amat kaya dengan budi bahasa. Hidup mereka nampaknya teratur dengan cara hidup mereka yang tersendiri. Orang Jepun sukakan keindahan, mereka rajin berkebun dan bersihkan bandar mereka. Rumah mereka unik dan wajib adanya tumbuhan seperti bunga-bungaan menghias halaman rumah. Mereka kata sebagai pembekal oksigen, kerana Jepun sebuah kota besi atau kota yang kongkrit saujana bangunan besi dan batu sana sini. Sebab itu budaya menanam pokok atau tumbuhan di setiap ruang yang ada adalah diwajibkan. Begitulah ceritanya ...

Ini ketika di kaunter Hotel Universal Port Osaka Jepun.

Ke mana pun kita, kita kena ingat adat dan sopan santun. Kita harus yakin bila kita baik maka orang akan baik kepada kita. Tetapi jika sebaliknya, maka tanggunglah risiko yang mungkin di luar jangkaan. Sebab itu, kita harus mohon kepada Allah yakin sungguh-sungguh bahawa ke mana pun kita adalah menjadi kewajiban memohon perlindungan kepada yang maha Kuasa. Tidak sombong dan selalu hargai orang lain. InshaAllah pasti semuanya akan selamat dengan izinNya juga. Impian dan hasrat seterusnya. Semoga Allah beri kita kesempatan menunaikan Umrah dan Haji suatu masa nanti. Kena pasang niat, semoga Allah limpahkan rezeki. Amiin.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.