Bangga Dengan Si Baju Merah

Bangga Dengan Si Baju Merah

Bangga Dengan Si Baju Merah 
Atlet Lelaki  Rumah Sukan Merah 2016

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bangga sekali Etuza dengan peserta berbaju merah di sukan MSS peringkat sekolah Etuza. Mereka bersaing dengan semangat yang kental. Berusaha sedaya upaya, sehingga mereka begitu saya banggakan. Semangat yang kuat mencuba  bersungguh-sungguh itu mungkin dipengaruhi oleh baju merah mereka itu. Hal ini Etuza katakan begitu kerana terdapat peserta yang tidak pernah mengikuti acara larian kerana memang tidak berdaya bersaing dengan peserta hebat dari rumah hijau, kuning dan biru. Tetapi peserta ini mampu mendahului peserta lain dalam acara 4 x 100 meter gabungan perempuan dan mereka JUARA. Hebatnya..


Atelit Perempuan Rumah Sukan Merah 2016

Walaupun tewas dengan hanya 7 pungutan emas tetapi si baju merah dalam Rumah Sukan Merah tetap Etuza banggakan. Amt bangga, mereka sesungguhnya telah menjadikan temasya sukan kali ke 12 sekolah Etuza sempurna. Mereka melengkapkan acara demi acara. Dan menang dan kalah itu adat biasa. Semua mereka adalah pemenang bersama pemenang di rumah sukan lain.

Lelaki : Amzad Mirza, Kenny Bernir, Hazman dan Aaron Zack antara peserta rumah sukan merah yang merai pingat perak dalam acara 4 x 100 meter lelaki. Kiranya amat membanggakan.

Noraliya Adibah, Anis Syafiqah, Jesrina dan Norsuadah Sadiq juga peserta perempuan yang menggondol emas dalam acara 4 x 100 meter perempuan. Setinggi-tinggi tahniah.


Pemimpin Rumah Sukan Merah Dari IPGM Keningau bersama 
peserta perbarisan Rumah Sukan Merah 2016

Inilah peserta atau atlit-atlit sukan rumah merah. Kelihatan dua orang guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau. Turut memberi suntikan motivasi kepada rumah sukan merah. Syabas dan tahniah.

Antara guru dalam pasukan rumah merah 2016 ialah, Siti Kaidah Sakimin, Salbiah Nadzim, Ahini Haisin, Guru Besar Asrin Halim, Dominic Gasan, Mujahid Dasuki, Siti Jubaidah Kaya dan Etuza sendiri. Majulah sukan untuk negara bangsa dan agama. Kesihatan dijana dengan amalan bersukan.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

TAHNIAH KPD ATHLIT RUMAH MERAH YG BERJAYA DLM SUKAN SEKOLAH.

Kalah menang sudah menjadi adat dalam bersukan.
Yang pentingnya semangat untuk mencapi kejayaan,synergy dan kesefahaman.
Tahniah kepada sekolah serta guru2nya.

tahniah buat mereka semua

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (184) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger