Ucapan PPD Keningau Pada 11 hb Ogos 2016

Ucapan PPD Keningau Pada 11 hb Ogos 2016

Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, Sabah
En. Masly Bin Wahip di Majlis Persaraan Wajib Guru Besar
SK.Penagatan 

11hb Ogos 2016 bersamaan hari Khamis seawal jam 8.30 pagi Pegawai Pelajaran Daerah Keningau En. Masly Bin Wahip dan rombongan telah tiba di  Dewan Terbuka SK. Penagatan bagi menghadiri Majlis Persaraan Guru Besar cemerlang SK.Penagatan iaitu En. Garipin Bin Elid. Tarikh persaraan Guru Besar ini ialah pada 12hb Ogos 2016, maka diadakan majlis persaraan ini pada 11hb Ogos 2016.

En. Masly Bin Wahip, telah bersemuka dengan Penolong Kanan 1 untuk mendapatkan informasi beberapa kejayaan sekolah ketika di bawah pimpinan En. Garipin Elid sebagai ketua pentadbiran sekolah. PPD dalam ucapannya amat bangga dengan kepimpinan Guru Besar ini apabila sejak 2011 hingga 2016 masa kini banyak kemajuan dan kejayaan di rai oleh sekolah ini. Semua kejayaan itu sesungguhnya atas usaha dan kerjasama padu semua warga sekolah dalam menyokong perancangan yang diterajui oleh Guru Besar di sekolah. Antara kejayaan yang disebut oleh PPD Daerah Keningau ialah :-
1.Akademik, Kejayaan pencapaian keputuisan UPSR sejak 2011 - 2015. SK. Penagatan pada 2015 telah muncul no 2 terbaik gred purata keputusan UPSR dengan cemerlang. Dari 72 buah sekolah rendah di Daerah Keningau, SK.Penagatan muncul tempat kedua terbaik di daerah Keningau.
2. Kokurikulum, SK.Penagatan Keningau telah berjaya menyertai Program NILAM di peringkat negeri Sabah iaitu pada 2011 ( di Penampang, Kota Kinabalu ) 2012 Program NILAM di peringkat Negeri Sabah yang bertempat di SMK Agama  Sandakan, Sabah. Dan 2013 program NILAM peringkat Negeri Sabah yang berpusat di SMK Agama Ranau, Sabah.
3. Kejayaan ke peringkat kebangsaan dalam acara sukan hoki.
4. Kejayaan Pusat Sumber mendapat Pusat Sumber Cemerlang pada tahun 2013 di peringkat Daerah Keningau.

Menurut PPD, kejayaan ini sesungguhnya amat dibanggakan.PPD dengan itu mengucapkan syabas dan tahnia atas pucuk pimpinan Guru Besar yang bersara En. Garipin Bin Elid.PPD berharap kecemerlangan ini harus dipertahankan dan harus ditingkatkan lagi dengan kehadiran guru besar baru nanti. PPD mengakhiri ucapan dengan beberapa pantun yang amat bermakna kepada warga SK.Penagatan termasuk ibubapa dan murid sekolah yang mendengarkan ucapan Guru Besar ini.


Terim kasih PPD Keningau atas sokongan dan kehadiran
Tuan PPD menambah keceriaan seisi Dewan Terbuka SK.Penagatan, Keningau.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

sebut keningau je igt latar tempat dalam novel tombiruo karya ramlee awang murshid..

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN CEMERLANG SEKOLAH CIKGU MOGA TERUS SUKSES MEMBANGGAKAN

Ya ada novel tu..terima kasih Blogger Pha Is masih ingat Etuza ya...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger