Sukan Di Rio " Malaysia Boleh Menambah Pingat "

Sukan Di Rio " Malaysia Boleh  Menambah Pingat "
Imej jaguh Badminton Negara Malaysia

Tahniah kepada pasukan atlet Malaysia di sukan di Rio ( Brazil ). Semestinya kita sebagai warga Malaysia amat berbangga dengan kejayaan beberapa atlet yang berjuang dengan bersungguh-sungguh bersaing dengan jaguh atlet dari negara lain yang sememangnya jaguh dan pemegang rekod dunia.

Atlet negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Pandalela, Azizul Hasni Awang dan lain-lain atlet yang kini berada di Rio, antara mereka telah merai pingat Perak dan Gangsa. Sebagai peminat sukan, kita dapat rasakan kegembiraan apabila atlet badminton bergu campuran dan Datuk Lee Chong Wei memberikan persaingan yang hebat di arena sukan badminton di Rio.

Apa yang dapat kita lakukan ialah kita berdoa dan berharap menerusi Datuk Lee Chong Wei pingat idaman ( emas ) individu badminton di Rio menjadi milik Malaysia. Doa seluruh rakyat jelata amat diharapkan dalam menyuntik semangat semua atlet di Rio dan harapan kepada pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei. Malaysia Boleh!!.

Gambar dari carian di Google..

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.