Giant Kini Di Keningau, Sabah

Giant Kini Di Keningau, Sabah
Kesibukan selama beberapa hari selepas Giant di Keningau di buka Julai 2016

Keningau, Julai 2016, dengan rasminya Pasar Raya Giant telah dibuka seminggu sebelum menjelang hari raya 2016. Satu lakaran sejarah di Keningau setelah sekian lama masyarakat Keningau dan setempat menanti penyiapan Giant yang cukup besar di Keningau, sesuai dengan nama Giant, yang terletak di tepi jalan menuju ke Kota Kinabalu berdekatan dengan kawasan perumahan Fajar serta setentang dengan Jabatan Perikanan Keningau, Sabah 

Pembukaan secara rasmi pada hari pertama menyebabkan kebanjiran manusia di sekitar Keningau. Ekoran masyarakat dari daerah seperti Nabawan, Sook, Tambunan dan Daerah Tenom keluar beramai-ramai menuju ke Giant di Keningau. Semuanya bertujuan hendak mendapatkan barangan atau produk yang murah sebaik Gaint membuat beberapa promosi beberapa barangan pada harga yang murah.

Etuza dan anak-anak tidak ketinggalan mendapatkan bawang, ubi kentang dan barangan lain yang ketika itu memang murah serendah RM1.99 sekilogram bagi bawang merah di Gaint.Kesesakan lalu lintas juga telah berlaku di Keningau selama tiga hari. Bagaimanapun kini Giant mulai beroperasi setiap hari di Keningau dan kelihatan keadaan lengang dan dikunjungi oleh sekitar tempat penduduk yang dekat seperti Kg. Bayangan, Kg. Tudan Baru dan kawasan sekitar yang dekat. Pembinaan Giant di Keningau sebenarnya menaikkan lagi nama Keningau sebagai sebuah Bandar yang kini pesat membangun. Tahniah kepada warga Keningau, Sabah  atas terbinanya Giant yang kini gah di Keningau.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Alhamdulillah..sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada penduduk berhampiran untuk membeli barang keperluan harian.. :)

    BalasPadam
  2. selalunya, bila pasaraya besar beroperasi di sesuatu lokasi... akan memberi impak negatif juga pada kedai-kedai kecil di sekeliling.

    Ia juga akan mengundang budaya berpeleseran kepada anak-anak remaja.

    Pro dan kontra memang ada...

    BalasPadam
  3. wah sudah ada GIANT di Keningau ya mesti mudah cikgu n msyrakt sekitar shopping brg keperluan di situ

    BalasPadam
  4. Kat Giant mmg byk pilihan cikgu, harganyapun berpatutan..

    BalasPadam
  5. Wah, mmg berebutla kan membrli belah, lebih2 lagi nk sambut syawal.

    BalasPadam
  6. Nyimak artikelnya ya ga? Semoga kunjungan saya kali ini membawa berkah AMIIIN!!!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum cikgu etuza...

    Biasanya kalau pasaraya baru buka..mesti barangan dijual murah kan...

    BalasPadam
  8. Belum pernah berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Keningau. Harap satu masa nnti, berpeluang mendekati local Keningau.

    BalasPadam
  9. Giant keningau juga..mrupakan giant terbesar malaysia..dan. juga pasaraya terbesar sabah..selain giant keningau juga mempunyai mall pertama dn pusat mmbeli belah no1 keningau...ia mmpunyai 2 cinema,plbagai kedai sejaras dn tmpat parking kereta bawah tanah..dn mmpunyai lif dn tngg begerak...jadi mrilh dtng kningau..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.