Bertugas Di Negeri Sembilan

Bertugas Di Negeri Sembilan

Bertugas Di Negeri Sembilan 

Bertemu kembali di laman Etuza ini. Anda yang sedang membaca apa khabar ketika ini? Semoga sihat dan ceria hendaknya.

Pisang emas dibawa belayar,
Masa sebiji di dalam peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang jasa budi dibawa mati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Inilah pantun yang sering kita lontarkan apabila adanya insan yang sekian lama bersama kita, tiba-tiba dikhabarkan akan berpindah atau pergi jauh di negeri seberang. Itulah peristiwa yang terjadi kepada Ustazah Nurhasyimah Ibrahim yang akan berpindah bertugas di Negeri Sembilan. Jika tidak silap bertugas di area Bentung. Tahun 2015 Ustazah Nurhasyimah Ibrahim telah melangsungkan perkahwinan dan kini mendapat surat tawaran berpindah dari KPM baru-baru ini, bermakna satu perpisahan wajib berlaku lagi di sekolah Etuza.

Ekoran dari itu, molek sangat SK.Penagatan, Keningau, Sabah mengadakan majlis perpisahan dengan Ustazah Nurhasyimah Ibrahim pada 12hb Ogos 2016  Jumaat minggu lalu. Ramai murid yang menangis disamping memberikan kad ucapan dan hadiah kepada Ustazah Nurhasyimah Ibrahim.memang rasa pilu dan sedih ketika melihat kalibat Ustazah Nurhasiymah Ibrahim menangis di atas pentas kala menerima salam murid satu persatu.Ustazah Syimah Ibrahim ini sebenarnya berasal di Kota Baharu Kelantan, kini berpindah dari Keningau, Sabah ke Negeri Sembilan meneruskan kerjayanya sebagai seorang Ustazah Bertauliah dengan Opsyen utama Bahasa Arab.

Tahniah kepada Ustazah Syimah kerana akhirnya ( Dukalara ) terlerai dengan mendapat perpindahan sekolah bertugas di Negeri Sembilan. Kami yang ditinggalkan, pasti akan tetap mengenang jasa Ustazah Syimah sehingga bila-bila.Terima kasih kerana sempat 5 tahun mengajar bersama anak-anak jati di SK.Penagatan, Keningau, Sabah.

Inilah Gambar Kenangannya Di SK.Penagatan, Keningau, Sabah.


 Intailah kami antara nampak...kiranya masih ada dalam ingatan ..
Inilah antara murid sekolah yang pernah di ajar oleh Ustazah Syimah...
 Jasamu Tetap Dikenang Selamanya..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

ASSALAM SEPERTI KATA LAGU BERTEMU N BERPISAH ADA MANUSIA BIASA HILANG DIMATA TAPI DI HATI TIDAK LUPA...

selamat bertugas di tempat baru =)

Selamat berpindah buat Ustazah syimah

Istilah Guru duka lara telah dapat diselesaikan.
Tahniah ustazah.

Moga dengan perpindahan ini dan bertugas di sekolah baru lebih banyak ilmu dapat dikongsikan dengan anak bangsa...amin :)

Terima kasih baca petikan ini..komen blogger amat2 dihargai

betul..pasti happy ..

semoga beliau sentisa success tak kira di mana pun berada

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (420) Berita (381) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (131) Alam Semulajadi (120) Gambar (120) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Percutian (27) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger