Ada Sebab Sesuatu Kehendak Tidak Tertunai

Ada Sebab Sesuatu Kehendak Tidak Tertunai

Ada Sebab Sesuatu Kehendak Tidak Tertunai
Gambar Sekadar Hiasan -Kenangan Etuza  Berbaju Merah 

Asalamualaikum semua. Semoga sahaja sihat semua diketika ini.

Kadangkala kita merancang sesuatu, pastinya kerana kita fikirkan perkara itu baik dan bermanfaat kepada orang lain, selain kita sendiri merasakan satu peluang mendapatkan kelebihan dari segi tambahan ilmu mahupun suntikan motivasi agar iman dan taqwa sentiasa terjaga dan bertambah keyakinan diri dalam kehidupan bersifat sementara ini.

Lalu kita cuba hebahkan niat itu, kita khabarkan kepada insan-insan yang kita percayai, yang kita harap memahami hala tuju perkara yang dirancang. Tetapi sayang sekali andainya hikmah yang kita katakan itu ada insan lain yang sukar menerima dan tidak nampak kelebihan dan kebaikan kepada orang lain serta pada diri sendiri. Keadaan seperti hasrat perancangan terhalang apabila situasi ketidakfahaman berlaku, kurang diperjelaskan dan tidak dinyatakan sepenuhnya apakah sebab perkara yang baik itu diusulkan. Kadangkala keadaan seperti ini ada antara kita yang mengalaminya. Sebab utama kita sendiri gagal menjelaskan dengan terang mengapa adanya usul perkara yang kita kehendaki.

Dengan itu kita kena akur, redha dan terima hakikat bahawa tiap idea, cadangan kita itu tidak semestinya diterima oleh orang lain. Ini disebabkan kita berada di zon yang sepatutnya bukan dalam lingkungan insan yang menetapkan perancangan itu diterima selepas dicadangkan. Kedudukan kita hanya ditepian kelompok itu, ditambah pula dengan kekaburan informasi, mengapa dan kenapa kita usulkan sesuatu perkara itu. Selain itu kita kena akur redha bahawa ada insan lain yang benar-benar berhak menentukan sesuatu perkara itu dilaksanakan. Itulah juga yang telah tersurat dan ditentukanNya yakni Allah yang maha esa.

Usahlah bersedih andai sesuatu perkara itu tidak tertunai, kerana ada perkara lain yang  terlaksana dan dizahirkan dan secara keseluruhannya memberi kesan kepuasan kepada orang lain walau ada insan lain yang merasa perlunya perubahan, perlunya ada hubungan dengan insan lain yang kemungkinan berkemampuan auranya menyuntik lagi, meyemai lagi ukuhuwa, meresep kan kesedaran sebagai hamba Allah yang dambakan ilmu baru pemangkin kepada kemantapan iman dan kesungguhan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Baiklah mari kita hayati antara satu perkara rekreasi hati di bawah ini.

Ciri-Ciri Seorang Mukmin
Daripada Abu Umumah Bahili,r.a, Nabi Saw bersabda yang bermaksud:-

" Sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah Mukmin"
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

SALAM JUMAAT..IMPIAN N HARAPAN KITA ALLAH YG TENTUKAN PASTINYA...CIKGU XTERIMA LAGI KIRIMAN KAK YA...AGAKNYATERSESAT KEMANALAH TU...KAK KIRIMKAN ANTOLOGI PUISI N SEBUAH CD ALQURAN

Betul tu.
Bukan semua pandangan dan cadangan kita akan diterima majoriti.

ada hikmah di sebaliknya..perlu berSABAR

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (439) Agama (393) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (316) Info Lelaki (279) Tips Blog (273) Pengalaman (246) Anak (232) Pendidikan (220) Nasihat (212) Kasih sayang (196) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (130) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (111) Segmen (108) Keluarga (99) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (52) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger