Umpama Taman Rama-Rama
Bagaikan sebuah taman rama-rama kelihatannya, apabila setiap hari di depan laman Etuza rama-rama berdatangan berterbangan ke sana-sini, corak warna saling berbeza mewarnai persekitaran terutama di ruang jalan menuju ke laman Etuza.
Kejadian ini berlaku apabila tanaman bunga jangka pendek bunga Zinia, bunga Seri Pagi, bunga lama bunga Tahi Ayam, bunga Bawang dan bunga Kertas semakin bayak bunga mengembang dan merimbun. Tanpa disedari dari sedikit hingga menjadi banyak rama-rama itu, menyebabkan ramai yang menjeling untuk melihat rerama itu,dan pastinya mereka merasa satu keajiaban berlaku di hadapan laman Etuza.
Untuk infor dan jenis bunga di laman lihat gambar yang Etuza kongsikan serba sedikit. Ya Allah terima kasih atas nikmat melihat rama-rama setiap hari hingga ke petang. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kesuburan pada tanaman bunga-bungaan kami di laman. Terima kasih ya Allah kerana dariMu serta atas izinMu kami di kelilingi oleh keindahan bunga-bunga alam yang pelbagai. Kepada teman blog dan teman lain yang datang membaca infor ini Etuza ucapkan terima kasih.Datang lagi usah jemu.
rama-rama yang hadir bagaikan memberi kemeriahan kala pagi
hingga ke petang..
laluan ke laman Etuza. pejalan kaki sahaja..
Banyaknya mama yang tanam..
segar mata memandang dengan pelbagai warna
Ini bunga bawang , harumnya memang seperti bawang merah.
Ajiab rasanya tetapi nyata..Subahanallah
12 Ulasan
Suka saya tengok rama-rama kat pokok bunga cikgu tu...kat rumah pun mcm tu juga. Kat tempat saya tahun ni kena tahun ulat & serangga. Habis pokok kena serang...Cikgu saya suka morning glory merah tu..tak pernah tengok. Ada benih tak...
BalasPadamyg di maksudkan bunga seri pagi yg melilit tu ke? saya tanam biji benih..baru pertama kali berbunga ni..inshaAllah saya periksa ya..
PadamKalau biji benihnya masak tolong simpan untuk saya. Nak beli..nanti cikgu contact saya at mala.saad1211@gmail.com...
Padamcantiknya penuh dengan bungaan, ditambah seri denga kehadiran rama-rama yang pelbagai warna tu..memang cantik sangat
BalasPadamAssalamualaikum cikgu ,salam aidilfitri.
BalasPadamCanteknya bunga2 berkembang jadi tumpuan rama2 menumpang seketika.
cntik taman bunganya..
BalasPadamAlhamdulillah suka tengok...warna warni bunga bungaan dan rama rama yang singgah lebih menterikan lagi laman cikgu..
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamSegar mata memandang.
terima kasih semua..seketika saja rama2 tu..kena tanam baru lagi baru tak pupus..
BalasPadamLama tak menjengah ke sini. Selamat Hari Raya Aidilfitri cikgu. Cantik bunga- bunga tu....
BalasPadamselamat hari raya 2016
BalasPadamrajin menanam pokok bunga pasti ada rama-rama yang singgah
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.