Rumah Kediaman Adalah Syurga Ketika Di Dunia..

Rumah Kediaman Adalah Syurga Ketika Di Dunia..

Rumah Kediaman Adalah Syurga Ketika Di Dunia..

Hari ini ada jemputan hari raya di rumah teman guru, ketika mendapat jemputan terasa memang hati hendak pergi untuk menyahut cabaran hari raya saat akhir syawal ini.

Jemputan juga turut diterima oleh rakan guru yang lain. Mulailah berpakat pakat hendak ke rumah teman guru ini. Sebaik menjelang jam 1.00 petang maka kami bergerak ke teratak teman guru ini di Taman Golf View, Keningau. Bersama isteri dan tiga orang anak yang sudi menemani ke rumah terbuka teman guru ini.

Di pendekkan cerita, inilah lakaran kenangan beraya di rumah Cikgu Atiqa Abdullah. Sebuah rumah yang cantik dan menarik dari segi corak hiasan dalaman dan berasaskan kayu dan batu-batuan yang unik sekali kelihatannya. Selain ruang halaman dapur dan ruangan tetamu yang cukup santai. Kerusi dan meja yang unik juga menarik perhatian kami yang datang berkunjung ke rumah ini. Inilah rumah kediaman, sesiapapun pasti merasakan kediaman sendiri umpama syurga ketika hidup di Dunia.
  
Tengoklah beberapa ukiran di rumah ini, ada kolam renang yang cantik untuk kanak-kanak bermandi manda. Diucapkan terima kasih kepada teman guru yang sudi menjemput kami semua datang beraya santai di rumah ini. Melihat rumah ini dari segi hiasan terasa mendapat sumber ilham yang baru dalam membina hiasan luar rumah agar lebih menarik. Semoga impian terlaksana...

Sejarah kehidupan keluarga Etuza hari ini. Berhari raya, menikmati juadah yang lazat dari keluarga teman guru. Kami disajikan juadah yang enak seperti soto bakso, ayam masak merah, nasi pulut kuah kacang dan sebagainya. Alhamdulillah cukup terasa nikmat hari raya saat akhir syawal ini.

Jumpa lagi di artikal lain. Salam kasih sayang dari Etuza

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

Cantikkan hiasan dalaman rumah tu..

BENAR TU CIKGU...RUMAH KITA ADALAH SYURGA DUNIA KEDIAMAN YG KITA TEMPATI DGN BHGIA...SERONOKNYA CIKGU BERAYA DIRUMAH RAKAN2 MENIKMATI ANEKA HIDANGAN

Allhamdulillah.... salam aidilfitri buat etuza dan famly.... bestnya bersantai cam tu.... cantik rumahnya....

selamat hari raya cikgu..salam singgah..
http://irdagarmin.blogspot.com

Hebat rumah Cikgu Atiqah.
Rumahku Syurgaku.

Raya memang best jika dihayati dengan hati penuh kesyukuran tuan.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger