Majlis Hari Raya Di Teratak Ibunda

 Majlis Hari Raya Di Teratak Ibunda

Asalamualaikum & Salam sejahtera semua,ketika ini masih terasa bahang hari raya.Banyak blogger masih memperkatakan sambutan hari raya di tempat masing-masing. Memang seronok membaca perkongsian para sahabat blogger yang Etuza kenali mengenai hari raya mereka. 

Etuza juga kali ini hendak kongsikan memori indah di hari raya di teratak ibunda kami yang amat dicintai. Memang meriah dengan kehadiran kami adik beradik dan membawa bersama anak-anak masing-masing dan menyambut tetamu yang datang. Antaranya YB datuk Aliron Angin, pemimpin PBRS yang cukup dikenali dan dihormati di daerah Etuza. Terima kasih YB Datuk Aliron Angin dan rombongan. Ayah nampaknya kelihatan amat gembira dengan majlis hari raya ini.

Sempat juga seperti biasa Etuza merakam beberapa gambar tetamu yang datang selain abadikan gambar keluarga Etuza. Ya ramai yang datang berkunjung, tetapi para tetamu hanya mengambil juadah dalam sukatan atau kuantiti juadah  yang amat sedikit. Juadah banyak nampaknya ada yang telah dibazirkan kerana tidak habis dimakan seperti tahun lalu semua juadah habis licin dan tanpa kesan. Kali ini agak terlebih juadah. Hanya mampu bersabar dan memohon ampun pada yang esa kerana berlaku satu pembaziran di luar jangkaan. 

Baiklah mari tengok beberapa gambar kenangan Hari Raya Di Teratak Ibunda keluarga Etuza pada hari isnin bersamaan 09hb Julai 2016.





Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Begitulah indahnya Hari Raya
    Saling kunjung-mengunjungi, ziarah-menziarahi sambil menikmati juadah di hidang.

    Selamat Hari Raya dari kakak buat cikgu dan keluarga

    BalasPadam
  2. salam aidilfitri abg etuza.
    singgah syawal dari
    http://belogs.blogspot.my/2016/07/tak-semua.html

    BalasPadam
  3. ASSALAM MERIAHNYA BERAYA...SALAM IDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ..CIKGU tolong emelkan alamat cikgu to kak paridah.ishak@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peti surat 2013
      89008 Keningau, Sabah ..ya ..

      Padam
    2. boleh kak kirim saja ke alamat ni cikgu..tksh

      Padam
  4. Salam aidilfitri, maaf zahir batin

    BalasPadam
  5. Salam aidilfitri, maaf zahir batin

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah kunjungan itu memberi lebih kemeriahankan cikgu...

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Cikgu....
    Tak semua yg dijemput datang kot cikgu. Biasalah musim Raya ni banyak sangat Open House

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.