Majlis Hari Raya Di Teratak Ibunda
Asalamualaikum & Salam sejahtera semua,ketika ini masih terasa bahang hari raya.Banyak blogger masih memperkatakan sambutan hari raya di tempat masing-masing. Memang seronok membaca perkongsian para sahabat blogger yang Etuza kenali mengenai hari raya mereka.
Etuza juga kali ini hendak kongsikan memori indah di hari raya di teratak ibunda kami yang amat dicintai. Memang meriah dengan kehadiran kami adik beradik dan membawa bersama anak-anak masing-masing dan menyambut tetamu yang datang. Antaranya YB datuk Aliron Angin, pemimpin PBRS yang cukup dikenali dan dihormati di daerah Etuza. Terima kasih YB Datuk Aliron Angin dan rombongan. Ayah nampaknya kelihatan amat gembira dengan majlis hari raya ini.
Sempat juga seperti biasa Etuza merakam beberapa gambar tetamu yang datang selain abadikan gambar keluarga Etuza. Ya ramai yang datang berkunjung, tetapi para tetamu hanya mengambil juadah dalam sukatan atau kuantiti juadah yang amat sedikit. Juadah banyak nampaknya ada yang telah dibazirkan kerana tidak habis dimakan seperti tahun lalu semua juadah habis licin dan tanpa kesan. Kali ini agak terlebih juadah. Hanya mampu bersabar dan memohon ampun pada yang esa kerana berlaku satu pembaziran di luar jangkaan.
Baiklah mari tengok beberapa gambar kenangan Hari Raya Di Teratak Ibunda keluarga Etuza pada hari isnin bersamaan 09hb Julai 2016.
14 Ulasan
Begitulah indahnya Hari Raya
BalasPadamSaling kunjung-mengunjungi, ziarah-menziarahi sambil menikmati juadah di hidang.
Selamat Hari Raya dari kakak buat cikgu dan keluarga
salam aidilfitri abg etuza.
BalasPadamsinggah syawal dari
http://belogs.blogspot.my/2016/07/tak-semua.html
ASSALAM MERIAHNYA BERAYA...SALAM IDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ..CIKGU tolong emelkan alamat cikgu to kak paridah.ishak@gmail.com
BalasPadamPeti surat 2013
Padam89008 Keningau, Sabah ..ya ..
boleh kak kirim saja ke alamat ni cikgu..tksh
PadamSelamat Hari Raya Etuza.
BalasPadamSalam syawal cikgu, mzb ye.
BalasPadamSalam aidilfitri, maaf zahir batin
BalasPadamWasalam ya..terima kasih..
PadamSalam aidilfitri, maaf zahir batin
BalasPadamSelamat hr raya
BalasPadamAlhamdulillah kunjungan itu memberi lebih kemeriahankan cikgu...
BalasPadamSalam Syawal Etuza..
BalasPadamSelamat Hari Raya maaf zahir batin Cikgu....
BalasPadamTak semua yg dijemput datang kot cikgu. Biasalah musim Raya ni banyak sangat Open House
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.