12 Koleksi Bunga Kertas Di Laman Etuza

12 Koleksi Bunga Kertas Di Laman Etuza




Nampak jelas gambar kuntuman bunga kertas di atas. Ada 12 jenis bunga kertas tersebut untuk tatapan anda. Suka ke melihatnya. Alhamdulillah syukur kita ke hadratNya kerana hari ini masih berpeluang menghirup udara dan melihat keindahan alam sekalipun di dalam blog alam maya.

Hendak kata banyak juga bunga kertas di laman Etuza. Apapun kemarin hanya ini yang dapat di rakam. Ada banyak yang belum di ambil gambar. Perlahan-lahan lah hendak bagi anda tengok ya. Bunga kertas tempat orang lain lagi cantik dari ini, lagi hebat cara hiasan dan cara mereka bonzaikan bunga kertas kesayangan mereka, berbanding bunga kertas di laman Etuza. Teruja juga hendak tanam banyak-banyak, sebab ramai penggemar bunga kertas ini terutama kaum wanita. Wanita sebenarnya yang lebih gemar menjaga bunga ini, sesuai dengan hati wanita yang berjiwa lembut. 

Blogger wanita yang sudi itu bagilah nama saintifik bunga kertas yang ada di laman Etuza itu ya. Itu pun jika ada kelapangan anda, selalunya kita klik online laman lain maka akan terpapar banyak nama jenis bunga kertas ini. Memang pelik nama bunga kertas ini. Terbaru ada seorang ibu mengatakan bahawa bunga kertas ini merupakan herba katanya, jika begitu kita kena tahu apa fungsi dan kegunaan bunga kertas ini. InshaAllah.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. CANTIKNYA BUNGA2 KERTAS DI LAMAN RUMAH CIKGU ETUZA

    BalasPadam
  2. Semua cantik..warna yang sangat meeeenarikk cikgu... :)

    BalasPadam
  3. cantik..bunga mampu menjadi terapi mata.. :D

    BalasPadam
  4. sangat jelas pemilik sekaligus pemilik rumah sangat suka pada kembang kertas, bisa dibilang kembang kertas mania malahan mah

    BalasPadam
  5. Cantik2 semuanya.
    Sejuk mata memandang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih semua ya datang suport blog Etuza..anda saudara teman blogger terbaik Etuza..datang lagi ya..usah jemu

      Padam
  6. Cantiknya bunga2 dihalaman Cikgu..

    Kat umah saya juga tak berbunga kecuali bunga kertas sepokok tu, redup kot, hu3

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.