Nafas Lega Surau Idaman Sudah Siap Di Bulan Ramadhan 2016

Nafas Lega Surau Idaman Sudah Siap Di Bulan Ramadhan 2016
Inilah dia surau idaman warga sekolah..akhirnya siap juga 
di bulan Ramadhan 2016

Asalamualaikum semua penggemar blog Etuza.

Ternyata tiap apa juga yang kita niatkan yang baik pasti Allah akan bantu kita dan kabulkan doa dan niat yang baik itu. Alhamdulillah pada semua rezeki yang kita diberiNya sehingga hari ini. Syukur ya Allah..terima kasih menyayangi kami hambaMu yang kerdil.

Berkaitan surau SK. Penagatan, Keningau, Sabah..alhamdulillah..lihatlah dalam gambar, segar dipandang dengan warna hijau peace. Cat dinding hijau peace ini adalah pilihan seorang guru wanita iaitu Cikgu Noratiqa Abdullah. Segar dipandang.Muda dan baru terbina.

Banyak cabaran pada awal pembinaan dan perancangan merealisasikan surau ini. Lama mengumpul dana, dapat kumpul RM 10 ribu lebih, saiz surau di ukur berdasarkan wang yang ada. Saiz pilihan akhirnya 10 x 10 saiz lebar persegi sahaja. Sesuai dengan wang dana yang ada. 

Permohonan tambahan peralatan seperti simen dan batu pasir telah disumbangkan oleh Parti PBRS yang di jayakan oleh En. Athur Joseph Kurup. Alhamdulillah. Bagaimana pun masih tidak mencukupi dan belum sempurna surau ini. Ada masalah tertentu yang memang sukar dielakkan. Kehebatan jasa bakti seorang insan bernama Fian Jakirin yang telah memulakan pembinaan. Dia di gaji dari dana terkumpul.

Kini surau SK. Penagatan tersergam indah dengan hasil usaha gigih Cikgu Noratiqa Abdullah. Seorang insan yang dermawan bersama keluarganya telah menyempurnakan penyiapan surau ini. KepadaMu ya Allah kami berdoa agar insan yang baik dalam menangani pembinaan surau ini diberi rahmat olehMu. diberi rezeki dan dimudahkan dalam apa juga urusan. Engkau lah Ya Allah pemberi rahmat pagala. Amin.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. TAHNIAH..SIAP JUGA SURAU UTK KEPERLUAN IBADAH ANAK2 SEKOLAH HASIL SUMBANGAN MASYRKT N MRK YG BERUSAHA MEMASTIKAN KEJAYAAN PROJEK TU.

    BalasPadam
  2. alkhamdulillah kan Cikgu..syukur sangat..inilah bekalan untuk akhirat..sumbangan yang diberi..pebuan dunia..ganjaran akhirat :)

    BalasPadam
  3. Berkat di bulan ramadhan kan igu..:)

    BalasPadam
  4. terima kasih kepada semua yang datang menjenguk blog Etuza..semua itu sokongan padu buat etuza teruskan berbelog..moga blog ini ada juga kebaikan ..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.