Majlis Pertunangan Di Rumah baru Ayah

Majlis Pertunangan Di Rumah baru Ayah
Inilah keadaan rumah baru ayah mentua Etuza selepas siap dicat.Indah berseri....sebahagian gambar rumah baru ayah mentua..
Asalamualaikum & selamat menyambut Ramadhan al mubaraq esok.

Apa khabar? Lama tidak ke udara dalam arena blog. Mohon maaf jika anda merasa ternanti2 artikal baru dalam blog Etuza ini. Kali ini ada pengisian sedikit hal rumah baru ayah mentua Etuza. Alhamdulillah sudah siap dicat dan nampak ceria serta telah dipasang talian elektrik. Semuanya berkat kerjasama dikalangan ipar dan menantu yang lain. Nampaknya rumah baru ayah mentua dapat meraikan majlis hari raya dengan selesa dengan suasana rumah baru ini. Ya Allah syukur alhamdulillah kerana dapat memberikan kegembiraan ini kepada ayah mentua. 

Kepada rakan blogger yang setia membaca di laman Etuza ini, sudilah hadiahkan ALFATIHAH kepada ibu mentua Etuza yang telah meninggal dunia. Al fatihah kepada arwah Rubini Abdullah. Terima kasih.

Ini pula gambar kemarin anak buah isteri, iaitu anak gadis kedua ipar Etuza selamat melangsungkan pertunangan kemarin 4hb Jun 2016 dengan lelaki tinggi lampai. Selamatlah cincin disarungkan ke jari manis Nur Intan oleh ibu lelaki. Syukur kepada Allah kerana majlis pertunangan lancar. Nur Intan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis yang baru konvokesyen di UITM Bangi Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Tahniah kepada ipar Etuza kerana bakal menerima menantu lelaki yang pertama dan baik pula orangnya itu. Harap majlis perkahwinan nanti lancar dan semuanya dimudahkan olehNya.Lihat beberapa gambar majlis pertunangan itu dan salam sayang dari Etuza.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Mohon maaf setulus hati, banyak komen saya tersilap tekan..ya Robbi..saya tak sengaja..nak cek ada SPAM ke tak klik right ..ya ampun..hilang dah komen yang saya harapkan..minta maaf ya

    BalasPadam
  10. Salam ramadan cikgu etuza n famili..tahniah kpd pasangan yg bertunang..selamat beribadah di bulan yg mulia.

    BalasPadam
  11. Ha3.. Sekelip mata hilang, bersabar ya Cikgu...

    BalasPadam
  12. Tahniah buat Nur Intan dan pasangan.
    Al-Fatihah buat arwah ibu mertua etuza.

    BalasPadam
  13. syukur..tahniah..cikgu pun secara tidak langsung bakal dapat anak buah baru la..yeyy :)

    BalasPadam
  14. semoga majlis berjalan dengan baik....

    ada uitm di bangi?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.