Tidak Ada Kerja Yang Mudah,

Tidak Ada Kerja Yang Mudah,


 Asalamualaikum Semua. 


Wah lamanya tidak jengok blog ini.Apakan daya tidak terbahagi masa rasanya selalu ke laman, kerana tuntutan kerja-kerja realiti menuntut kita agar utamakan kepada yang lebih dipertanggungjawabkan.

Tidak ada kerja yang mudah untuk dilakukan, semuanya memerlukan kesabaran dan keikhlasan untuk laksanakan. Etuza bercakap sebegini, kerana kerjaya guru bukan senang dan amat-amat menuntut kesabaran.Bayangkan kita berhadapan dengan puluhan murid dalam kelas. Sebagai contoh ada 20 orang murid dalam kelas maka 20 kepala yang berbeza sikap dan perangai kita harus hadapi dengan telus. 

Namun keadaan dahulu dan kini cukup berbeza. Dahulu zaman kita, kita hormat guru, guru datang dengan bunyi tapak kasut, kami dalam kelas segera diam bagaikan kucing ketakutan, seorang pun tidak berani bersuara. Kecuali ucapan Selamat Sejahtera Cikgu.

Zaman sekarang murid sudah ada yang terlebih bijak. Kita guru bercakap menerangkan pelajaran hari itu, murid tanpa segan silu bertanya yang bukan content pelajaran. Tiba-tiba bercakap bercerita dengan kawan sebelah. Kita guru terpaksa ambil masa memberi kesedaran kepada murid. Hahaha..sebaik diberi nasihat sekali lagi pecah kesunyian dengan tiba-tiba terpacul lagi pertanyaan yang langsung tiada kaitan dengan isi pelajaran.Rasa pelik pun ada. Entahlah, bagaimana lagi hendak beri didikan yang terbaik kepada murid sekolah. Kesan dari perbuatan tidak mendengar guru mengajar dalam kelas, apabila diajukan soalan spontan, lain pula jawapan yang di beri. Guru menegur murid untuk beri didikan, bukan kerana menghukum mereka tetapi memberi nasihat agar tidak amalkan sikap yang tidak sopan ketika dalam kelas. 

Guru ini manusia biasa, ada kesilapan diluar jangkaan. Sebagai contohnya, tersilap masuk kelas akibat salah tengok jadual. Ada pernah Etuza mengalami situasi ini. Pernah juga Etuza menunggu guru dalam kelas keluar. Bila diberitahu, bukan kelas anda, kelas saya. Ya Robbi malu pun ada. Silap tengok jadual lah. 

Dengan itu Etuza hendak katakan bahawa kerjaya guru nampak mudah tetapi banyak cabaran yang memerlukan tahap kesabaran naluri guru. 

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Anggap setiap kerja sbg ibadah, in shaa Allah menjadi pahala dan saham akhirat.

    BalasPadam
  2. profesion perguruan adalah salah satu tugas yang mulia Etuza, In Shaa Allah pahala yang berpanjangan buat Etuza dan para guru sekalian yang ikhlas dlm menjalankan amanah .amiin .

    BalasPadam
  3. assalam kerja cikgu ni xmudah n menununtut kesabaran...

    BalasPadam
  4. Sepupu PC seorang guru..dia juga cakap begitu...anak murid sekarang segelintirnya ada yang mengajar cikgu...tapi itulah dia cabaran mendidik anak bangsa..moga Allah permudahkan setiap urusan cikgu ya...

    BalasPadam
  5. nah tuh....contoh hasil dari kerja sabar dan tawaqal sudah di berikan langsung oleh kak admin...pekerja sukses kan

    BalasPadam
  6. jasa guru amat bessar sekali. tugas yang bukan mudah

    BalasPadam
  7. respek kat Etuza sanggup jadi guru. saya?.... hu... angkat dua belah tangan...

    BalasPadam
  8. saya hampir-hampir nak jadi cikgu..

    bila difikirkan memang best jadi cikgu sebab selalu cuti namun sebenarnya tugas mereka tidak kenal cuti atau waktu bekerja..

    semoga usaha cikgu termasuk tuan mendapat rahmat dari Illahi..aamiin

    BalasPadam
  9. perangai murid2 sekarang amat berbeza dgn kita dulu2
    begitu jugak dgn perangai mak bapak sekarang..

    BalasPadam
  10. Tidak dinafikan, kerjaya seorang guru pada masa kini adalah satu kerjaya yg tidak mudah dan membebankan. Tidak sama seperti guru2 sebelum milenium.
    Semoga cikgu terus tabah dan cekal menjalankan tugas... InsyaAllah, ibadah yg baik pasti akan mendapat balasan yg setimpal.

    BalasPadam
  11. apa2 kerja pun xda yang mudah....yang penting kita jalankan dengan amanah & ikhlas

    BalasPadam
  12. Guru, bebannya ditanggung sendiri, kesenangannya dicemburui..

    BalasPadam
  13. secara pribadi saya sudah mengadopsi pemikiran ini sejak lama... tapi senang juga melihat si bapak menjelaskan dengan cara yang sangat menarik :) senang menjadi bagian dari pembaca bapak (y)

    BalasPadam
  14. Sangat bermanfaat sekali isi dari postingan di atas, izin share ya gan? :)

    BalasPadam
  15. Betul tu cikgu etuza, kerja yang paling senang pun cukup susah apa lagi yang tidak senang.

    BalasPadam
  16. Kerja itu satu ibadah dan sabar pula separuh dari iman... mmg tiada kerja yg mudah kan cikgu Etuza... :)

    BalasPadam
  17. insyaAllah moga setiap usaha cikgu dikira ibadah

    BalasPadam
  18. Betul tu cikgu. Bukan mudah nak mencari sesuap nasi waima kerja apa pun. Biasalah manusia mana ada yg sempurna. Akal mereka masih cetek cikgu, bimbinglah mereka semampunya cikgu selebihnya serahkan pada Allah

    BalasPadam
  19. kerja guru is kerja yg mulia tau

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.