Kolam Mini Etuza. Ada Ke Blogger Ingat Kolam Hiasan Laman Ini

 Kolam Mini Etuza. Ada Ke Blogger Ingat Kolam Hiasan Laman Ini


Asalamualaikum teman maya ku yang diingati.

Hendak tanya ada ke blogger yang ingat tentang kolam hiasan di laman Etuza? Jika ada bagus lah kan..boleh tengok perkembangan keadaan kolam hiasan yang tak terjaga ini. 

Keadaan kolam mini seperti itu juga, ada niat hendak buat pembaikan agar lebih cantik tetapi bagaimana caranya, Etuza akan fikirkan lagi. Tentang ikan bertahun dah ikan merah mengisi kehidupan dalam kolam mini ini. Ada hari tu Etuza terkejut, kucing menangkap ikan merah dalam kolam sebesar tapak tangan kanak-kanak. Alamak kena makan lah pula. Pasal air dalam kolam penuh hingga separas dengan ketinggian dinding kolam mini.

Lalu Etuza letak jaring iaitu dawai rambat. Tutup semua permukaan kolam mini ini. Pasang beruti di atas dan lantak dawai rambat. Ha kucing dah tak dapat tangkap ikan. Masalah timbul pula iaitu, sebaik di pasang dawai rambat, Etuza kurang lah pula jengok anak-anak ikan. Hingga berumput tepian kolam dan air jadi hijau.Mujur ikan masih hidup dan makin banyak pula dengan anak-anak baru ikan tilapiah merah.Apapun musim kemarau melanda, jaring dah Etuza buka..air dalam kolam juga semakin cetek.Tengoklah ikan dah besar sedikit. 

InshaAllah Etuza bersihkan dahulu, akan post buat tatapan teman maya ya.


Etuza Peggemar Bunga Kertas..Hingga Keluar Petua Satu Pengalaman.
Untuk pengetahun anda Etuza terus terang amat meminati bunga kertas. Ada lah beberapa pelbagai jenis bunga kertas di halaman. Cuma satu idaman Etuza, bunga kertas lain warna bunga sudah rimbun berbunga. Tetapi bunga kertas putih cream seperti dalam gambar yang ada nama Etuza itu sangat tak sporting kerana sedikit sahaja bunga kertas keluar. Dah bagi baja bunga tak juga rimbun bunga kertas ini. Nampakkan hanya dua kuntum saja tetapi amat cantik tau.

Etuza dah benihkan dan akan tanam di tempat yang terang dapat cahaya banyak. Bunga kertas ni paling rajin berbunga dengan adanya cahaya yang terang dan cukup  siraman air.Tapi awas ya, sesekali tertusuk kulit jari sakit. Tapi usah takut picit terus luka itu keluar kan darah kata orang terapi juga. Dengan picit darah akibat tertusuk duri maka darah anda akan lancar ke seluruh badan. Dan darah yang keluar itu adalah darah kotor. Etuza andaikan saja, sebab Etuza kena tusuk.." Adui Sakitnya" Tapi selepas di picit darah keluar hilang terus rasa sakit. Ini pengalaman Etuza. Lelaki kan kasar tak hati-hati jejari tertusuk duri lah. Salam sayang kepada semua.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Sukanya lihat laman rumah macam rumah Cikgu, nak buat juga la...

    BalasPadam
  2. oh..ya! saya baru tahu juga tentang kolam tersebut

    BalasPadam
  3. bestnya ada kolam mini ni. teringin nak ada satu kat rumah

    BalasPadam
  4. assalam...mmg cantik kalau ada kolam kecil dipemuhi ikan2 di laman rumah kita kan..

    BalasPadam
  5. saya kolam ikan kat rumah pun kena tutup dengan jaring sebab burung hantu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak..iya kah Nick..kena tutup balik lah dengan jaring....

      Padam
  6. Suka tengok bunga kertas koleksi cikgu...

    BalasPadam
  7. Yan tak suka tanam bunga kertas...laman bersepah dengan daun dan bunganya yang gugur..lagi pun penjagaan bunga kertas..sangat2 rumit

    BalasPadam
  8. Dah macam bonda cik akak pula dah...sebab dia memang suka tanam bunga2 macam nie..

    BalasPadam
  9. Cantik la kolam cikgu etuza tu. Teringin pula mau buat sendiri..:)

    BalasPadam
  10. Ada kolam dan pokok2 punga mmg cukup buat hati tenang... hilang stress klu penat2 balik rumah... menarik.

    BalasPadam
  11. Ada kolam dan pokok2 punga mmg cukup buat hati tenang... hilang stress klu penat2 balik rumah... menarik.

    BalasPadam
  12. Ingat, Cikgu pernah bercerita mengenai kolam ikan suatu ketika dulu

    BalasPadam
  13. ikan2 tu ke yg burung hantu jadikan makanan

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.