Keunikan Bunga Setawar Yang Hampir Dilupakan

Keunikan Bunga Setawar Yang Hampir Dilupakan


Keunikan bunga setawar yang hampir dilupakan...

Asalamualaikum .

Bunga setawar ini selalu ada di laman Etuza. Tetapi jarang ada yang datang hampir untuk menyatakan keindahan bunga setawar.Maklumlah bunga ini tidak cantik kerana berdauh hijau. Tetapi pagi hari ini, ada insan lain, selain Etuza datang hampiri bunga setawar dan bertanyakan pada Etuza apakah ini bunga atau bukan. Katanya tidak pernah nampak bunga seperti ini. Seperti lampu - lampu katanya.

Etuza katakan inilah bunga setawar yang tumbuh membiak melalui daun bunga setawar.Bunga ini sebenarnya tidak ditanam oleh Etuza, tetapi dijaga dan di siram selalu kerana bunga setawar ini tumbuh di celahan bunga - bunga di laman. Mulanya  banyak tetapi Etuza tinggalkan hanya dua atau satu agar dapat membesar dengan cantik. Kasihan bunga setawar kerana bunga ini sebenarnya hampir dilupakan.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. dulu slalu letak dalam buku daun setawar ni... tak tahu pulok bunga dia mcm lampu... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga dengan akak, selalu letak dalam buku..

      Baru tau bunga setawar cantik, cam lampu

      Padam
    2. Betul tu...yan pun buat gitu. Cepat keluar tunas

      Padam
  2. Aneh dan unik pula daun setawar ni cikgu..
    Cik akak pernah tengok pokoknya dulu..tapi tak macam nie

    BalasPadam
  3. Tak pernah pulak tengok bunga setawar ,kalau daun nya selalu jumpa.

    BalasPadam
  4. pokok setawar di tempat kak berdaun lebar n tebal jarang nampak bunganya.

    BalasPadam
  5. owh..
    ni ke pokok bunga setawar? Terima kasih cikgu atas perkongsian ni. sy tak pernah tengok pokoknya mahupun bunganya seblm ni.. dulu masa sekolah biasa kawan2 kasi lepas tu letak dalam buku.. nampak la menjalar je akarnya.

    BalasPadam
  6. Pertama kali tengok bnga setawar..subhanallah

    BalasPadam
  7. eh.., ader bunganya yer., ingatkn daun jer., huhu

    BalasPadam
  8. ada pokok setawar kat rumah..tapi tak tahu pulak pokok setawar ni boleh berbunga.

    BalasPadam
  9. daun pokok ini selalu diletakkan dalam buku

    BalasPadam
  10. pertama kali tahu pokok ini berbunga

    BalasPadam
  11. sape2 yg xde pengalaman letak daun setawar ni dalam buku pastu tambah bedak sikit mmg xrasa nikmat budak2.. hikhik...cerdiklah sgt masa tu...tp ni 2st time tgk bunganya...

    BalasPadam
  12. Bunga yang semakin tawar keindahannya..:(

    BalasPadam
  13. Sejujurnya cikgu... saya baru tahu ttg bunga ni huhu... thanks sharing.. :D

    BalasPadam
  14. jujur saya tak pernha jumpa depan mata bungasetwar ni

    BalasPadam
  15. mas kecik-kecik suka kutip bunga setawar ni

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.