Bila Mendengar Berita Ada Yang Sakit

Bila Mendengar Berita Ada Yang Sakit
Bila Sakit banyakkan Bersabar..
Asalamualaikum semua. Apa Khabar?

Agak lama Etuza menyepi seketika. Tidak lain tidak bukan hal-hal kerja seharian yang amat mendesak menyebabkan ketiadaan ruang melayani alam maya.Yang penting anda sebagai blogger tegar atau blogger sepenuh masa usah seperti Etuza yang timbul tenggelam dalam arena blog ini.

Etuza kali ini hendak berbicara hal sakit yang menimpa sesiapapun. Dan tidak terkecuali Etuza juga sering diserang dan diuji penyakit yang harus kita hadapi dengan tabah dan sabar. Bila sakit kita usah fikir yang bukan-bukan. Tetapi berfikir apa kah puncanya. Mungkin akibat kelalaian kita sendiri atau perbuatan kita sendiri dari segi makan tidak berdisiplin dan sebagainya. Tiap perkara mesti ada sebab.Dan paling kita harus tahu ialah sakit itu ujian kepada kita bagi Allah ingatkan kita agar selalu ingat Dia.

Sejak akhir-akhir ini Etuza sering mendengar berita hal ada yang sakit. Terutama pada kawan-kawan sekampung dan teman sekerja atau juga saudara terdekat Etuza. 

Hari selasa lalu, Etuza amat terkejut anak lelaki teman guru Etuza di sekolah masuk hospital di Kota Kinabalu. Kepala ada bengkak dan pendarahan kerana jatuh dari kereta, kepala terhempas ke simen depan rumahnya. Anak perempuannya yang baru 4 tahun tolak abang jatuh dari kereta sebaik parking di kawasan rumah. Anak tidak sedar diri dan ingatan hilang. Sebaik darah bekuan di kepada dikeluarkan selepas bedah katanya ingatan anaknya Asraf ( namanya ) baru kembali pulih perlahan ingatan anak lelakinya yang berusia 8 tahun. Ngeri juga saya dengar. Kereta yang di gunakan ialah ford. 

Kemudian Etuza di khabarkan lagi seorang sekuriti sekolah Etuza, hilang suara. Tak dapat keluar suara. Kasihan juga, sudah ke hospital, tetapi tidak di tahan di wad. Sekuriti ini siang malam kerja, dia buat bangunan surau di sekolah Etuza bila dia ada masa free. Sedikit demi sedikit binaan surau siap, tetapi kini agak terbengkalai apabila saudara itu sakit.Hanya mampu berbicara dengan menulis sahaja di kertas. Etuza fikir ada kaitan dengan darahnya tidak lancar, kerana Etuza dengar ada kekejangan otot. Ya Allah ini lah antara ujian kami sebagai hambaMu ya Allah. Ampuni dosa kami dan berilah kami kesihatan setiap masa. Amin.

Semalam pula adik Etuza dari Tambunan menhantar pesanan agar doakan ibu mentuanya yang sedang tenat sakit di wad hospital Tambunan. Pada awal pagi hari ini, pesanan adik katanya keadaan ibu mentuanya semakin stabil. Alhamdulillah. Semoga ibu mentua adik cepat sembuh dengan izin Allah hi taalah.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Semoga kita semua serta keluarga dan sahabat diberikan kesihatan, keselamatan dan dimudahkan segala urusan. Aamiin

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Salam Cikgu..Lya singgah sini..Sorry lama tak BW...

    BalasPadam
  4. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit dan bala bencana. Alhamdulillah sebulan berlalu dalam 2016 nie Zumal dikurniakan kesihatan yang baik

    BalasPadam
  5. Sakit itu kasih sayang Allah.
    Sakit itu penghapusan dosa..
    Sakit itu peningkatan darjat iman.
    Sakit itu mengajar sabar.
    Semoga kita jadi org yg selalu bertakwa kpdNya.

    BalasPadam
  6. ASSALAM...BEGITULAH KEHDUPAN KITA INI MALANG N SAKIT YG XDIINGINI SERINGKALI MENDUGA KITA...MOGA KITA YG DIUJI ALLAH TABAH N REDA.

    BalasPadam
  7. salam , moga Allah beri kesembuhan pada mereka mereka semua

    BalasPadam
  8. salam , moga Allah beri kesembuhan pada mereka mereka semua

    BalasPadam
  9. Semoga Allah memberi kesembuhan segera kpd yg sakit dan mengurniakan kesihatan berpanjangan buat kita semua... aamiin.

    BalasPadam
  10. Sakit sebagai amaran awal dari Allah kan cikgu etuza

    BalasPadam
  11. Semoga Allah memberi jalan kesembuhan buat mereka...amin

    BalasPadam
  12. Kitapun tak tau kesihatan kita untuk esok, lusa dan seterusnya, mudah2an sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, aamiin..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.