Sumbangan Ikhlas Kepada Pembinaan Surau SK.Penagatan, Keningau, Sabah

Sumbangan Ikhlas Kepada Pembinaan Surau SK.Penagatan, Keningau, Sabah


Asalamualaikum semua teman maya.

Pada hari Isnin yang lalu bersamaan 18hb Jan 2016, tiba-tiba saudara tetamu datang mengunjungi Etuza di Pusat Sumber sekolah. Saudara itu bernama En. Fian Jakrin memang berasal di kampung sekitar berdekatan dengan sekolah. Etuza cukup mengenali saudara Fian yang suka menolong guru - guru dalam hal beberapa perkara.Antaranya saudara Fian boleh mengukir kayu. Hebat juga saudara Fian ini.

Katanya hendak hantar sumbangan ikhlas dari Pengusaha Kolam PIBG sekolah dan pengusaha Car Wash di Kampung Penagatan Laut. Etuza bukan tidak terima secara langsung dari tangan saudara Fian dan En. Sahirin Muin. Tetapi lebih molek jika Etuza bawa terus mereka itu berjumpa Guru Besar di bilik berhawa dingin Guru Besar sekolah. Etuza terus maklumkan kepada PK 1 En. Marcellus Kandu dan teman cikgu lain iaitu Nasrul Hakim Tugino. Elok mereka terus sampaikan kepada Guru Besar sekolah dan Etuza sebagai guru biasa bertugas merakam gambar penyerahan . Kan bagus begitu. Mudah kerja Etuza kerana En. Fian dan En. Sahirin Muin terus menyatakan dari mana sumber sumbangan mereka itu kepada sekolah.

Etuza difahamkan bahawa sumbangan itu untuk membantu pihak sekolah membina Surau Sekolah yang dalam projek pembinaan sekarang ini. Pembinaan Surau Sekolah itu adalah hasil sumbangan dari berbagai individu termasuk semua staff sekolah. Hampir siap Surau sekolah itu, untuk tujuan pembelajaran jQaf ( pelajaran Tasmik - Al-Quran )Selain itu akan digunakan untuk tujuan solat jemaah serta kegunaan kem bestari solat oleh Panitia Pendidikan Islam. Syukur ke hadratNya atas sumbangan yang diusahakan oleh saudara Fian dan Sahirin. Alhamdulillah..sampai niat mereka dan Allah mudahkan pembinaan Surau Sekolah tempat Etuza mengajar.

Saudara Fian dan berbaju merah itu saudara Sahirin
menerangkan sumbangan terkumpul atas usaha mereka. Alhamdulillah..
Guru Besar dan PK 1 sedang mendengar penerangan meraka berdua.

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah.

    singgah petang http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..mudah2an niat yg baik akan diberkati ALLAH..

    BalasPadam
  3. Syukur alhamdulillah..murah rezki

    BalasPadam
  4. syukur alhamdulillah sumbangan bermakna yg besr ganjaran pahala-Nya insyaAllah.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah... wah dah lama x blogwalking :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum cikgu..singgah pagi jumaat :-))

    BalasPadam
  7. Walaupun cikgu hanya guru biasa..tapi cikgu punya hati yang luar biasa

    BalasPadam
  8. semoga penyumbang dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... semoga Allah sentiasa memberkati segala usaha dan kehidupan dgn kejayaan di dunia dan akhirat... aamiin.

    BalasPadam
  10. Semoga rezeki diberkati dan ditambahkan lagi. Amiin

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah...semoga Allah menambah lebih rezeki kepada mereka

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.