Sulaman Kasih Iman Dan Taqwa Dalam Akad Selepas Sesi Pendaftaran Di SMK Agama, Keningau, Sabah

Sulaman Kasih Iman Dan Taqwa Dalam Akad Selepas Sesi Pendaftaran Di SMK Agama, Keningau, Sabah

Sulaman Kasih Iman Dan Taqwa Dalam Akad Selepas Sesi 
Pendaftaran Di SMK Agama, Keningau, Sabah
Hari ini 03 Jan 2016
Ambil gambar anak Etuza yang baru hendak daftar
dan mencatat kehadiran kembali di SMK Agama hari ini...
Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

Hari ini di Sabah juga di seluruh Negara Malaysia tiap sekolah kawalan telah memulakan sesi pendaftaran pelajar baru dan menyambut bersama juga pelajar lama di sekolah dan seterusnya di asrama.

Hari ini di SMK Agama Keningau, Dewan sekolah ini penuh dengan pelajar baru tingkatan 1 , pelajar tingkatan 2,3, 4 dan 5. Semua datang daftarkan diri sebelum jam 10.30 pagi hari ini, kerana selepas selesai pendaftaran semua pelajar dan ibubapa berhimpun di Dewan untuk mendengar sesi ucapan Al Mudir / Tuan Pengetua SMK Agama Ustaz Haidon Sapri dan seterusnya lafaz Akad / Ikrar semua pelajar pada tahun 2016 di SMK Agama Keningau, Sabah.

Sesi ucapan wakil dari PPD Daerah Keningau, memberi ucapan dan nasihat 
 Isi ucapan yang berguna kepada semua pelajar dan ibubapa oleh wakil PPD:-

1. Katanya di Semenanjung Malaysia, sekolah aliran agama merupakan sekolah aliran yang mereka suka, sehingga proses pemilihan begitu sengit. Tidak cukup dengan itu ada yang tidak layak membuat rayuan yang bersungguh-sungguh kerana hendakkan anak mereka belajar di aliran sekolah agama seperti di SMK Agama Keningau. 

2. Agak berlainan di Sabah khasnya di Keningau, kata wakil PPD, hanya sedikit sahaja pelajar dari sekolah lain yang menghantar permohonan di SMK Agama Keningau, Sabah khasnya pengambilan pelajar baru tingkatan 4 2016. Dengan itu katanya usaha untuk memberi peluang kepada pelajar PT3 yang membuat rayuan agak cerah katanya.  Pelajar rayuan ekoran keputusan PT3 tidak kredit Bahasa Arab, Sains dan Matematik akan mendapat keputusan pada 5 hb Jan dan mendaftar ke tingkatan 4 pada 11 hb April 2016.

Akad diketua oleh pelajar lelaki dan di sisi berdiri
Tuan Pengetua Ustaz Haidon Sapri

Antara Pesanan Ucapan Tuan Pengetua 

1. No handphone ( Tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan perundingan dengan ibubapa dan pihak sekolah, diberi sedikit kelongaran kepada pelajar yang datang dari jauh di pelusuk Sabah.
2. Kepulangan hanya 2 kali sebulan sahaja
3. Tiada pelajar tertidur dalam kelas atau di kelas prep petang dan malam.
4. Semua perlakuan kena jaga walau di mana berada dalam sekolah dan di asrama kerana SMK Agama Keningau telah di pasang CCTV pada 20 lokasi.
5. Pelajar tingkatan 1 akan dijalankan 2 minggu orentasi bermula esok.
6. Sambutan maulidurrasul akan di adakan pada 9hb Jan 2016 Peringkat Daerah Keningau, maka pelajar SMK Agama Keningau dan ibubapa adalah digalakkkan mengikuti program maulidurrasul di padang bandaran Keningau.
7. SMK A kata Al Mudir memberi satu huraian iaitu S Sekolah M Mencari K Keredahaan A Allah. ( Hebat sekali makna SMK A ini )
8. Untuk keputusan PT3  2016 SMK Agama Keningau muncul no 1 terbaik di Daerah Keningau.
Pelajar Putra dalam proses AKAD..di Dewan SMK Agama Keningau.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

Alhamdulillah dah selesai urusan ya cikgu...syukur...

Sejuk mata memandang anak2 muda bersongkok dan bertudung labuh...

salam cikgu , haah, kat semanjung ni memng sengit,
dulu time saya sekolah tak ada pun ujian saringan,
masa adik saya dah ada,
dan sekarang kena apply online dan ada ujian beberapa minggu sebelum sekolah buka.

Alhamdulillah selesai sudah urusan..

Mana mana tempat pun mmg tgh musim pendaftaran kan cikgu. Moga pesanan mudir itu akan sentiasa tersemat dlm hati pelajarkan cikgu....

Alhamdullilah selesai semua urusan..banyak juga urusan yang perlu diselesaikan ya

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger