Suasana Pilu Di Majlis Perpisahan Ini, Apakan Daya Takdir Datang Memisahkan

Suasana Pilu Di Majlis Perpisahan Ini, Apakan Daya Takdir Datang Memisahkan

Suasana Pilu Di Majlis Perpisahan Ini, Apakan Daya Takdir Datang Memisahkan



Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Pada 21hb Jan 2016 satu peristiwa pilu di sekolah tempat Etuza bertugas. Di mana diadakan satu Majlis Perpisahan dengan Ustaza Suhaida Mat Isa. Ustaza Ida, gelaran di sekolah ini berasal dari Perak bertugas di sekolah Etuza sejak 2011 hingga Jan 2016.

Ustaza Ida mendapat pertukaran di area Segamat Gombak Johor. Inilah takdir bila sudah berkeluarga, ada suami ada anak maka mulailah berbagai perancangan hidup di atur dengan rapi.Ya itulah takdir dari Allah yang sentiasa memberi kecukupan kepada kita hambaNya yang Dia sayangi. Beri apa saja kabulkan semua doa secara satu persatu. Tahnia lah pada Ustaza Ida kerana kini esok akan flight ke KLIA dan pastinya akan meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai guru agama islam.

Walau berpisah namun kita semua dekat di hati. Dalam majilis perpisahan memang ada suasana pilu, hiba dan sedih. Apa tah lagi murid yang mendapat sentuhan ilmu dari Ustaza Ida. ramai memeluk dan menangis tak henti-henti seolah tidak mahu berpisah dengannya. Guru-guru wanita juga ramai menangis tidak tahan kepiluan murid sekolah. Terbaru sekolah berpisah dengan ustazah Rupiyah yang bersara, kini dengan Ustaza Ida pula. Semuanya takdir dan percaturan hidup.

Kepada Ustaza Ida, kami semua memohon maaf jika ada tersalah dan terkasar bahasa, atau ada senda gurau yang menyakitkan hati, kami memohon maaf semoga persaudaraan kekal ke Jannah. Amin.

Mari lihat beberapa gambar dalam majlis perpisahan dengan Ustaza Ida.








Sedih pula lah rasa hati melihat kenangan iniapakan daya takdir datang memisahkan,...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

BERTEMU N BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA...HILANG DI MATA TAPI DI HATI TIDAK LUPA...GOMBAK TU DI SELANGOR CIKGU TAPI SEGAMAT KAT JOHOR..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..huhu

Adat pertemuan pasti ada perpisahan..

salam cikgu InsyaAllah mungkin perpisahan ni bawa seribu hikmah utk sekolah cikgu jugak ustazh ida

Sedih kalau melalui situasi perpisahan ini..tapi di zaman IT ini berpisah hanya di tempat kerja, hubungan ukhwah tetap terjalin

adat pertemuan, ada perpisahan..xmo sedih2

Berbaktilah selagi terdaya....salam perpisahan....

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger