Sepatutnya Setiap Restoran Kena Sentiasa Peka Dan Lebih Bersedia

Sepatutnya Setiap Restoran Kena Sentiasa Peka Dan Lebih Bersedia

Sepatutnya Setiap Restoran Kena Sentiasa Peka Dan Lebih Bersedia


Asalamualaikum kepada semua teman maya terutama yang suka mambaca entri Etuza di blog ini.

Etuza tertarik hendak kongsikan satu lagi entri dalam blog kesayangan Etuza ini. Ya sekadar mengisi masa awal pagi sambil-sambil menunggu sarapan pagi disiapkan. Pastinya hari sabtu yang indah cuti bersama keluarga masa di blog agak panjang. 

Sepatutnya Setiap Restoran Kena Sentiasa Peka Dan Lebih Bersedia.

Inilah yang hendak dikongsikan kepada umum. Sedar atau tidak dalam Malaysia sahaja tidak terkira insan yang anggap diri dia BLOGGER sambilan yang tidak ditauliah tetapi ditauliah oleh geng blogger dalam group bloglist dalam blog. Dengan adanya ramai blogger maka pasti ada sahaja cerita dan niat serta idea blogger untuk updated kan blog mereka di laman sosial. Tidak terkecuali Etuza sendiri yang cukup terasa ada pengalaman apabila aktif berblog dengan sengaja mengambil masa.

Tahu kah anda semua bahawa ramai blogger ini akan memilih restoran untuk santai, makan bersama kawan-kawan mereka. Atau blogger akan membawa keluarga anak-anak dan isteri ke sebuah restoran kegemaran mereka di mana-mana sahaja. Sudah blogger pastilah ada perakam seperti kamera ipad atau handpone berjenama.Wah habislah gambar makanan atau menu-menu makanan dan suasana restoran di rakam atau di klik semasa keberadaan blogger dalam restoran tersebut. Tidak keterlaluan gambar pelayan restoran yang mesra dan baik hati juga turut dirakam. Kalau tidak percaya ha..baca entri ini dan tengok gambar ya.

Sebab itu, semua restoran yang ada di Malaysia, di mana- mana juga harus waspada peka dan lebih bersedia dan sentiasa bersedia. Bersedia dalam menunggu pelanggan ke restoran tersebut. Boleh jadi pelanggan yang datang adalah berjiwa blogger. Dengan keadaan sentiasa bersedia sesebuah restoran kena sedia dari segi banyak layanan kepada pelanggan. Wajib ada layanan seumpama ini, iaitu:-

1. Mesra pelanggan, kena ukirkan senyman yang terbaik. Kan senyuman itu sedekah. 
2. Kena cepat layan pelanggan untuk dapat kan oder sebaik menu di beri, bantu pelanggan kenal pasti mana juadah yang sedap dan terbaik di restoran milik sendiri agar pelanggan tahu resipi apa terkenal dalam restoran tersebut.
3. Pelayan restoran jangan berlagak sombong dengan pelanggan, pelayan kena tahu WAJIB tahu sangat WAJIB pelanggan yang datang hendak makan bukan dilayan cara sombong. Dan ramai pelanggan bermakna restoran itu murah rezeki kan.Tau tak apa.
4. Usah kasar-kasar bercakap dengan pelanggan, meja kena bersih, juadah kena hebat, sebab kata Nabi Muhammad, tetamu kena beri makanan yang hebat yang terbaik ( Sunnah nabi kita)
5. Rasa makanan kena sedap dengan rasa yang secukupnya. Tidak terlalu masin dan sebagainya. baru lah hebat restoran anda.

\
Sempat baca informasi di watsupp..menunggu hidangan di
restoran ini..
Menu resipi sangat penting sebagai kemudahan
kepada pelanggan ( terutama restoran yang terkenal )
Hebatkan sajian hidangan di restoran..kemudian jangan
indah rupa tetapi rasa ke laut..tak balik pelanggan di restoran itu lagi
..
aura makanan di restoran terkenal di Sabah..pasti lah Etuza dan keluarga
akan datang lagi ke restoran ini..hummm!!! semuanya memuaskan..
Tengok pelayan tu biar dia lelaki tetapi senyum dan ikhlas melayan
pelanggan..ha kan bagus begitu...TERBAIK lah restoran ini..logo halal pun ada..

Kelebihan Kepada Restoran Yang Melayan Pelanggan Setiap Hari.

1. Pelanggan akan puas hati
2. Pelanggan akan memuji layanan restoran itu.
3. Pelanggan pasti akan datang bersama kawan-kawannya. Sudah promosikan..ha rezeki tu.
4. pemilik restoran akan puas hati juadah habis di makan. Kalau tak habis bertimbun atas pinggan alamat tu dek oii...makanan ke laut.
5.Restoran akan maju dan murah rezeki.
6. Restoran akan menjadi sebutan masyarakat setempat.

Kepada pemilik restoran yang ada di mana-mana tempat di mana sahaja di Malaysia, di Sabah atau Sarawak, harus ingat etika melayan pelanggan. Pelanggan yang cerewet hentam ja layan baik2 ya. Pasti restoran anda akan jadi tumpuan ramai.Cubalah tips ini hari ini. Pakat2 dengan pekerja anda lakukan layanan yang mesra, berbaloi baloi.InshaAllah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

salam cikgu! yang ni saya setuju , sebab saya sendiri bahkan ayah saya tidak suka menunggu lama dan kami lebih memilih kedai yang tidak sesak.

dan tak salah pon kalau pratikkan apa yang cikgu tulis kata atas tu , insyaAllah makin berkat dan maju

Sedap2 makanan tu cikgu...
Yalah kalau perkhidmatan restoren tak memuaskan hati pelanggan ...tak mungkin akan berkunjung lagi semula.

Kualiti segenap sudut perlu dijaga kan cikgu...itulah yang bakal menambat hati pengunjung...

Gigih welfie dengan pelayan restauran kan

assalam..setuju sgt dgn n3 cikgu la ni pengendali premis makanan harus sentasa bersedia dgn persembahan yg terbaik mana tahu pelanggann2nya dari kalangan blogger n akan memberi komen positif di blog mrk sekiranya berpuashati n jika sebaliknya tahu sajalah akibatnya tu..

Betul tu setiap restoran mesti peka dan beri yang terbaik silap langkah padah diterima. Erm... tapi restoran ni mmg bestttt.... tgk makanan terus lapar ni.... pelayan pun siap tangkap gamba lagi... harus femes lepas ni... hehe

Paling penting tahap kebersihan perlu diberikan keutamaan..

Kadang2 segan nak ambil gambar..

aiza paling tak suka pergi restoran yang tukang masaknya lambat..

amboi.. cikgu wefie lagi dengan waiter tu.. ;)

Setuju sangat-sangat dengan entri Etuza..setiap pengusaha restoren perlu peka dengan keselesaan pelanggan.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger