Semak BR1M 2016 &PNB Umum Dividen 7.25 Sen, 0.50 Sen Bonus Bagi ASB

Semak BR1M 2016 &PNB Umum Dividen 7.25 Sen, 0.50 Sen Bonus Bagi ASB 

Asalamualaikum 

SEMAK BR1M 2016 anda, hanya klik SEMAK BR1M 2016Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan carian semula.. 
Terbaru Etuza ada merancang hendak ke ASNB Bank dekat Pasar Malam Keningau. Jam masih awal kerana baru sahaja jam 3.30 petang. Masih sempat rasanya jika berurusan dengan pihak bank. Dengan harapan ada rezeki. Pastinya teruja sedikit hendak lihat update Buku Akaun ASB, sebab pada 04 hb Jan 2016 telah pun di maklumkan pelabur ASNB atau ASB akan mendapat agihan bonus mengikut jumlah yang telah dilaburkan setahun. 

Sebaik masuk ASNB Bank, kira mahu ambil borang dan nombor giliran. Alamak sudah tidak boleh ambil keluarkan wang atau bonus ASNB atau ASB. Nampaknya kena pergi berurusan dengan pihak bank lebih awal, jika tidak alamat seperti Etuza dan isteri balik tanpa apa makumat hal bonus ASB. Anda tahu ke tidak, berapa bonus ASB, mari tengok informasi ini dan seterusnya klik untuk membaca lebih lanjut. 

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan berkenaan akan melibatkan pembayaran sejumlah RM10.41 bilion, peningkatan sebanyak 4.3% berbanding RM9.98 bilion yang dibayar tahun lepas.
Bagi bonus, beliau berkata ia melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM451.73 juta.
“Pembayaran berkenaan akan memberi manfaat 8.87 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 142.54 bilion unit ASB," katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan dividen berkenaan di Kuala Lumpur. – Bernama, 29 Disember, 2015. Sumber SINI, sila klik.

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Cik akak tak semak lagi ni cikgu...dah berapa kali nak pergi pos ofice..asyik tunda je..haha

    BalasPadam
  2. Pasti banyak bonus asb yang Cikgu dapat tu..

    BalasPadam
  3. Saya tak simpan duit dalam ASB..tahun ni bru nk simpan.lepas dpt duit kwsp.

    BalasPadam
  4. Memang biasa biasa bila dlm proses pembahagian dividen & bonus hujung tahun tak boleh buat apa-apa transaksi. Kena awal atau selepaslah..

    Ramai yg senyum lebar cikgu selepas update buku akaun selepas ini:)

    BalasPadam
  5. dah bertahun x update buku...tahun ni rasa nk p check la

    BalasPadam
  6. assalamualaikum...yaya dah follow sini....follow back yek...
    mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
    http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

    tq ^_^

    BalasPadam
  7. Pernah mohon tapi tak berjaya.. [terus merajuk hi hi hi]

    BalasPadam
  8. Saya pun tak semak lagi,dah pergi tengok ramai sangat orang tunggu giliran.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Cikgu...

    ASB saya tak penuh2 lagi...hehehe

    BalasPadam
  10. Banyak tu cikgu....bolehlah enjoy hihi

    BalasPadam
  11. Salam singgah sini cikgu...Alhamdulillah...rezeki cikgu tu dapat dividen dan bonus sekali...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah rezeki bagi yang menyimpan ^-^

    BalasPadam
  13. Ramai sangat kat bank ngan pejabat pos orang nak semak dividen..rezeki bagi yang menabung..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.