Petua - Petua Menurut Islam
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Pagi hari ini, awal bangun dan menuanaikan solat sunat dan solat subuh. Alhamdulillah dengan kurniaan tidur yang cukup semalam. Hari ini genap 16 hari Januari 2016. begitu cepatnya masa berlalu hingga Januari 2016 hampir melabuhkan tirai untuk menemukan ambang Febuari 2016. Subahanallah kita masih bernyawa dan semua itu atas rahmat kasih sayang Allah.
Kali ini Etuza hendak kongsikan Petua-Petua Menurut Islam dalam buku dairi muslimin yang Etuza masih simpan rapi. Buku dairi muslimin dari tahun 2012. Tetapi ilmu dalam buku ini sungguh hebat dan luar biasa.
Petua Untuk Mendapatkan Kecantikan Diri.
1. Untuk mendapatkan wajah yang segar,berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurang 5 kali sehari dengan air wuduk.Jangan dilap air wuduk pada anggota, biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berzikir dan berdoa.
2. Untuk menghilangkan stres, perbanyakkan pergerakan.Perbanyakkan solat.Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan Allah SWTmelalui zikir dan doa.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan kata kunci " Allahuma Kamma hassanata Khalqii fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkanlah pula akhlakku ) ( HR Ahmad ) ( Doa melihat cermin )
4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombong kan diri atau takabur.
5. Untuk mendapatkan tubuh langsing,amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan,berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Nah kepada anda inilah antara Petua-Petua Menurut Islam yang sebenarnya tanpa disedari kita ramai amalkannya. Teruskan amalan puasa Isnin dan Khamis. Semoga membentu menerapkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yang maha menyayangi. KepadaNya kita memohon yang baik dan meminta agar kita dilindungi dari perkara yang tidak baik. Alhamdulillah satu entri hari ini.
11 Ulasan
Sesungguhnya Islam itu sudah cukup lengkap dan sangat memudahkan untuk kita..terima kasih perkongsian ini cikgu..
BalasPadamsalam singgah pagi cikgu. itulah kelebihan memiliki dairi muslim, ada saja ilmu yang terselit
BalasPadamdan terima kasih unuk perkongsian dipagi ini .
BalasPadamassalam...petua-petua yg diberi sepatutnya diamalkan.
BalasPadamsaya sgt setuju petua diet tu.... itu yg terbaik... scuci perut dan diet dgn puasa....
BalasPadammenuanaikan = menunaikan..
BalasPadamada juga, ishhhhhhhhhh dah sawan error typing gamaknya saya ni..
Terima kasih di atas perkongsian ini
BalasPadamperkongsian petua yang baik untuk amalan kita semua..
BalasPadamternyata solat baik untuk kesihatan kita..
BalasPadamThumbs up..tq perkongsian ini
BalasPadamperkongsian yang terbaik..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.