Pertunangan Marsha AF Semoga DirahmatiNya. ( Akhirnya Marsha AF Sudah Nikah - Semoga Bahagia Hendaknya)

Pertunangan Marsha AF Semoga DirahmatiNya. ( Akhirnya Marsha AF Sudah Nikah - Semoga Bahagia Hendaknya)

Pertunangan Marsha AF Semoga DirahmatiNya.
& Perkahwinan Marsha Milan AF semoga kekal bahagia ( Satu Sabah 
doakan kebahagian Marsha AF )

Gambar Marsha AF di majlis pertunangannya di Sabah.
Tahniah..semoga Allah rahmati pertunangan mereka ini. Amin

Semoga Allah rahmati ikatan pertunangan Marsha AF
dengan lelaki pilihannya. Amin
Asalamualaikum kepada semua.

Seketika tadi Etuza membuat pembacaan di laman Blogger terkenal dari Sabah, iaitu pemilik blog Sentiasa Panas. Memaparkan hal bagaimana cara kesan smart phone yang dicuri. Canggih juga, sebab dalam masa 24 jam phone yang dicuri dapat di kesan. Baik anda baca SINI.

Selepas membaca semua entri hal cara kesan handphone yang dicuri Etuza klik link blog yang SP nyatakan pada akhir Entri itu. Rupanya SP dapat informasi dari laman Utusan Online. Etuza melekat lah dalam laman Utusan Online. Menarik pula dekat blog ini. Banyak informasi. Kemudian Etuza klik lah page atau entri hal Marsha AF bertunang di Sabah. Wah banyak gambar Marsha AF dan tunangannya.

Marsha AF ini, orang Sabah, semestinya ramai peminatnya dari Sabah. Atau satu Sabah meminati Marsha AF ini. Selain cantik Marsha juga berbakat besar. Sebagai peminat Marsha AF, kami sekeluarga mendoakan kebahagiaan Marsha dengan bakal suami dia. Mohon kami agar Marsha jangan dipersiakan, semoga bakal suami Marsha AF didik Marsha dalam banyak hal agama dan menyayangi Marsha AF. Sebagaimana harapan dan DOA Marsha. Katanya Doakan kami.

Ini kata-kata Marsha AF. Mengikat tali pertunangan pada 14 Disember lalu di kampung halamannya di Sabah, Marsha juga memberitahu, telah memeluk agama Islam beberapa minggu sebelum majlis tersebut. 

“Terima kasih juga kepada keluarga saya dan keluarga mertua saya yang banyak membantu dan membimbing saya. Harapan saya semoga penyatuan dua hati ini sentiasa dirahmati dan diberikati oleh-Nya,” tambah penyanyi dan pelakon yang bakatnya dicungkil melalui program musim ketiga ini. Sumber SINI.

Sungguh sepadan..Semoga pasangan ini kekal bahagia..
Etuza mahu Marsha bahagia..ya Allah rahmati perkahwinan
dua insan ini. Amin...
Marsha Milan AF Sudah Nikah.

Sebaik Etuza membaca kata-kata artis Marsha AF ini. Sekali lagi Etuza buat blog walking pembacaan informasi seterusnya di blog kegemaran. Dan Etuza paling suka klik link babab.net. Ternampak Majlis Perkahwinan Marsha AF dan Mohamed Saiful Nizam.

Semoga perkahwinan gemilang Marsha AF ini kekal bahagia hingga selamanya. Perkahwinan itu satu anugerahNya. Semoga perkahwinan mereka atas dasar kerana cinta yang ikhlas. Amin. Selamat pengantin baru buat Marsha AF dan Muhammed Saiful Nizam. Kepada peminat artis Marsha AF yang berasal dari Sabah. Anda carilah laman yang memaparkan banyak gambar menarik Marsha AF di hari bahagianya. 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

Cikgu marsha dah selamat bernikah...semalam majlis persandingannya...

Salam singgah petang cikgu...Alhamdulillah...semoga marsha berbahagia hingga akhir hayat...

Ya ada membacanya juga, berbeza2 informasi dah terlanjur ..dalam artikal tu lain cara sampaikan..kemudian nampak di Ohmyduniaku..dah nikah dia...alhamdulillah tahnia pada Marsha AF dan moga dia bahagia..

Semoga berbahagia buat Marsha ^-^

Tahniah marsha dan pasangan,,, semoga kekal till jannah...

Alhamdullilah bertambah seorang lagi umat Islam..tahniah buat kedua-dua mempelai.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (439) Agama (393) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (316) Info Lelaki (279) Tips Blog (273) Pengalaman (246) Anak (232) Pendidikan (220) Nasihat (212) Kasih sayang (196) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (130) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (111) Segmen (108) Keluarga (99) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (52) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger