Kabus Pagi Ini Petanda Kemarau Akan Berpanjangan & Bunga Kertas Semakin Cantik Dimusim Kemarau.

Kabus Pagi Ini Petanda Kemarau Akan Berpanjangan. 
Gambar kabus pagi pada 16hb Jan 2016 di kawasan 
tempat tinggal Etuza..

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.

Pagi hari 16 hb Jan 2016, Etuza menyelak langsir jendela rumah Etuza, agak terkejut kerana tebalnya kabus padahal jam sudah menunjukkan 6.14 pagi. Etuza terasa segar seketika berada di laman lalu ambil imej kabus pagi.Jelas sekali kabus bukan jerebu ya.

Bagaimanapun Etuza teringat kata mak dahulu. Katanya jika ada kabus itu ertinya atau petanda KEMARAU akan melanda bumi ini. Sejauh mana kata-kata mak itu rasanya ada kebenarannya  dan kadang kala agak meleset tanggapan seperti itu. Sebabnya akan berlaku kabus pagi juga sebaik berlaku hujan lebat di malam hari. 

Tetapi kabus pada hari kemarin tidak pula berlaku pada awal pagi 17hb Jan 2016 iaitu pagi hari ini. Ketika ini rasa cuaca agak panas, berita mengatakan Malaysia hadapi El Nino ( Musim panas ).Adakah kabus  pagi yang tebal hari kemarin itu memang petanda KEMARAU akan berpanjangan. Marilah kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa menjaga kesihatan kala musim panas berlaku. Dalam blog Malaysia Gazette Sprout Your Mind ada membuat kenyataan hal El Nino cadangan dan gesaan agar kita rakyat Malaysia di mana juga berada harus menjaga kesihatan di musim panas ini. Untuk anda sila KLIK SINI,

Baca Hal Bunga Kertas Di Musim Kemarau Semakin Cantik

Bunga kertas di laman Etuza.
Semakin rimbun bunga walau musim kemarau...

Etuza hendak cantas beberapa ranting atau dahan pada bunga kertas ini. Rasa tidak sampai hati lah pula. Ini bunga yang seusia dengan rumah kediaman Etuza. Etuza tanam pada tahun 2003. Jika dibiarkan ranting tidak di cantas sudah merimbun dan memanjang pokok kertas berbunga pink ini. Bunga kertas ini jenis melilit atau memanjat.Jika di biarkan dah keliling rumah Etuza. Tetapi selalu Etuza cantas.

Kali ini, ranting bunga ini semakin ke bumbung depan rumah Etuza. Banyak pula sarang burung pipit. Sarang penyengat pun ada berjuntaian, tetapi tidak sengat kami, kerana kami tak ganggu sarang penyengat itu. Sekarang ini, Etuza kena cantas juga bunga kertas ini. Tak nak lah menutupi bumbung depan rumah Etuza. Semakin kemarau semakin cantik lah pula.InshaAllah akan dicantas juga, tetapi kena beli bayung plastik untuk benihkan yang baru, iaitu guna batang pokok bunga kertas ini.Selamat berehat dihujung minggu.l

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Bunga tu sayang nak cantas....masih berbunga lagi tu cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul rimbun sangat sampai daun pun tak kelihatan pelik bunga ni..rajin berbunga tak henti2. Ni nak abadikan dahulu dekat blog ..kena cantas juga CA..naik dah ke bumbung rumah

      Padam
  2. Ya Allah meriah bunga kertas cikgu...ada yang warna merah ya cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rimbun bunga tu PC..ya ada tetapi tak setanding dengan pink tu,...sayang juga ..apapun kena kemaskan juga tu PC

      Padam
  3. BUNGA KERTAS MMG GALAK BERBUNGA MUSIM PANAS TAPI PERLU DISIRAM JUGA KAN...KATA ORG TUA2 KALAU PAGI BERKABUS TANDA NK KEMARAU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kena siram ..banyak guna air, ya mak kata begitulah kabus petanda kemarau..apapun semoga tak panas sangat ..amin.

      Padam
  4. Musim kemaraukan sekarang ini, kesihatan kamipun dah mula terganggu, demam & selsema...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tips sihat kena banyak minum air ..dan jangan terllau dedah pada cuaca pana tu Umi. Take care ya

      Padam
  5. kabus pagi sama kat tempat saya... tp bunga kertas tak de kat rumah saya... cantiknyer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ada juga kabus sana ya...ok kena tanam lah Sheila A..hehhehe

      Padam
  6. Assalamualaikum Cikgu...wah meriahnya bunga kertas tu...rimbun dan cantik...

    BalasPadam
  7. Wasalamualaikum...ya ada juga bunga kertas..makin rimbun..kena kemaskan ..hehehe

    BalasPadam
  8. sekarang ni pukul 9.00 pagi pun dah rasa bahang panas kemarau tu.

    BalasPadam
  9. Subhanallah, cantiknya bunga, selalunya macam tu lah kan Etuza bila keadaan pagi yang berkabus ni.. wallahu a'lam

    BalasPadam
  10. biasanya pagi suasana sangat sejuk tiba petang sangt panas , kena pandai jaga diri

    BalasPadam
  11. dah lama x nampak kabus . klu di kg , masa kecil2 dulu selalu je meredah kabus kayuh basikal pergi sekolah ... kat sini lak hujan hampir setiap petang . mudah2n tak el nino lah ... bunga kertas sdg berkembang jgn dicantas lah cikgu . sayang tau, cantik tu . tunggu bunga dah gugurlah baru cantas ...

    BalasPadam
  12. Cuaca tak menentu ..banyak2 minum air..jangan terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama

    BalasPadam
  13. Cantik bunga kertas..sekarang sejuk je di awal pagi

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.