Jumpa DJ Terkenal Keningau FM, Wakil Pegawai PPD Keningau & Meraikan Hari Lahir Di Sekolah

Jumpa DJ Terkenal Keningau FM, Wakil Pegawai PPD Keningau & Meraikan Hari Lahir Di Sekolah

Jumpa DJ Terkenal Keningau FM, Wakil Pegawai PPD Keningau
 & Meraikan Hari Lahir Di Sekolah

Gambar kenangan Etuza bersamja Keningau FM
dan Wakil Pegawai PPD Keningau, En. Jaulis M.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Bertemu di udara maya kali ini. Terasa rindu dengan anda yang selalu hadir menceriakan blog Etuza ini. Mohon maaf belum terjah atau belum sempat blog walking ke laman anda. InshaAllah pasti akan melawat blog kegemaran Etuza. Itu pasti kerana sebagai blogger hendak lah amalkan berkunjung ke laman lain bagi membaca catatan yan g anda udarakan.

Kali ini terpampang gambar baru pada 29hb jan 2016. Peristiwa ini berlaku apabila sekolah Etuza menjayakan Program Bulan Disiplin dan 3 K ( Kebersihan,Keceriaan dan Keselamatan )Majlis rasmi telah selesai diadakan pada 29hb Jan di Dewan Tan Sri Joseph Kurup dengan jayanya. Kehadiran YDP PIBAGU yang merupakan DJ Khairil Abdullah, seorang DJ Keningau FM yang amat terkenal sehingga menjadi sebutan di daerah Keningau. Mungkin kepetahanannya dalam melontarkan kata-kata di radio Keningau FM, serta mungkin kerana DJ Khairil Abdullah merupakan orang kampung yang berjaya menambat ramai pendengar dalam radio Keningau FM.

Selain itu kehadiran wakil PPD EN. Jaulis Masulim juga menceriakan majlis apabila beliau merasmikan majlis di sekolah Etuza.Acara akhir majlis ialah acara menjamu selera. Etuza dan dua rakan guru lain terkejut apabila kami di panggil ke hadapan untuk acara memotong kek. Wah! kami guru yang lahir di Januari nampaknya staf sekolah meraikan hari lahir kami bertiga iaitu hari lahir Etuza yang jatuh pada 11 Jan, Cg. Dominic G 16 jan dan tarikh lahir Cg. Piah ialaha pada 26 Jan. Nampaknya kami bertiga amat happy meraikan hari lahir bersama warga guru serta dengan wakil Pegawai PPD serta DJ Khairil Abdullah.Tiada ucapan teristemewa dari Etuza selain terima kasih kepada teman-teman guru yang ingat hari lahir kami. Terharu amat menghargainya.


Senyuman gembira dari kami yang diraikan
hari lahir di sekolah Etuza...Syukran & Alhamdulillah...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

Wah! Meriah nampaknya.
Happy belated birthday cikgu...

Alhamdulillah pastinya kemeriahan bergandakan cikgu...

Ya jamil terima kasih ingatan mua ya

terima kasih ucapan hari lahir ya

selamat ulangtahun kelahiran cikgu..semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH..

Bestnya kalau kita berkongsi bulan kelahiran nie, makin meriah untuk sambut

Untung cikgu etuza..;)

Wah suka ler tuu..Yeyy dapatsambut beday bersama gtuu

Meriah dengan program sekolah cikgu..
Kek bday..hihi..nakjuga

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (420) Berita (381) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (131) Alam Semulajadi (120) Gambar (120) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Percutian (27) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger