Jasamu Di Kenang Selalu -Selamat Bersara Ustazah Rupiyah Jusrie
Ustazah Rupiyah J - Bertudung Hitam |
Informasi kali ini ialah tentang persaraan seorang Ustazah Rupiyah Jusrie. Merupakan guru Pendidikan Agama Islam yang cukup lama bertugas di SK. Penagatan, Keningau, Sabah. Ramai pelajar atau genarasi yang berjaya hasil didikannya.
Tahun lalu, semua guru sudah maklum akan persaraan Ustazah Rupiyah Jusrie ini. Tetapi kami semua kurang ingat apabila buka sekolah sahaja sesi 2016, semua guru-guru sibuk dengan bidang masing-masing.Kesibukan menyebabkan agak lupa memperkatakan hari-hari terakhir Ustazah Rupiyah J. Hari ini, Etuza buat kenangan bersama Ustazah Rupiyah J dalam blog ini. Sebagai mengenang jasa perkhidmatan Ustazah Rupiyah J. Walaupun sekadar gambar bisu tetapi cukup menyatakan penghormatan kami warga guru kepada Ustazah yang akan bersara minggu hadapan ini bersamaan 11hb Jan 2016.
Rasa sedih juga bila, semua guru memperkatakan hari persaraan dia pada minggu hadapan. Semua guru juga agak teruja untuk membeli hadiah kepada Ustazah Rupiyah termasuk Etuza dan isteri. Etuza amat bangga dengan tempoh perkhidmatan Ustazah Rupiyah J ini.Bagaimana pun jejak Ustazah Rupiyah J, sebagai guru agama telah diperturunkan olehnya kepada dua anaknya iaitu Ustazah Khusuriayani Mohd Alias dan Ustaz Nazirul Mubin Mohd Alias serta seorang kerani sekolah iaitu Awang Abdullah Mohd Alias.Tahniah kepada anak-anak Ustazah Rupiyah Jusrie.
Pantun Kenangan
Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh juga menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Pasti kita berjumpa lagi.
Dua tiga kucing berlari,
Mana lah sama melati si kucing belang,
Ramai saudara sahabat handai,
Mana sama Ustazah Rupiyah seorang.
Kenangan Ustazah Rupiyah Jusrie - Bertudung Hijau |
JASAMU DI KENANG SEHINGGA BILA-BILATERIMA KASIH DIDIKASIHMU...SEMOGA BAHAGIA DAN TENANG DALAM MENERUSKAN HARI-HARI GURU BERSARA..
Kenangan Ustazah Rupiyah Jusrie - Bertudung Hijau. |
7 Ulasan
cantik bj. sedondon.
BalasPadamSelamat bersara ustazah...
Padamassalam selamat bersara ustazah...jasa yg ditaburnya pasti diingati semua yg menerimanya.
BalasPadamdah lama tak datang ke penagatan..dulu selalu juga datang rumah kazen
BalasPadamJasamu dikenang Ustazah ^-^
BalasPadamSeorang guru akan tetap dikenang sepanjang hayatnya..
BalasPadamSelamat bersara ustazah
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.