Guru Bukan Minta Dihormati, Tetapi Meletakkan Amalan Menghormati Pada Tahap Nilai Bermoral Tinggi

Guru Bukan Minta Dihormati, Tetapi Meletakkan Amalan Menghormati Pada Tahap Nilai Bermoral Tinggi
Dua tajuk artikal menarik menjelang 2016
di akhbar Harian Metro...
Asalamualaikum & salam sejahtera semua. 

Menarik tajuk artikal ini, iaitu menaruh harapan menjelang 2016 dan hormati guru kerana Allah. Terbaik bagi Etuza dan amat bersyukur kerana ada penulisan dalam akhbar berita baik seumpama ini.

Tetapi sejujurnya, terasa kerjaya guru dan individu guru dewasa ini kurang dihormati. Bukan lagi seperti zaman Etuza serta zaman sebelum Etuza. Masih ingat Etuza amat-amat menghormati guru - guru di sekolah. kadangkala terlalu tebal malu di wajah Etuza kepada seseorang guru yang mengajar ilmu hisab ( matematik ) di kelas Etuza, ekoran Etuza lemah sekali dalam mata pelajaran ilmu hisab ketika di sekolah rendah. Pandang cikgu itu pun Etuza malu. Sungguh Etuza amat hormati kerjaya guru dan sangat hormat guru masa itu. Seperti Etuza juga kawan-kawan Etuza yang lain, mereka hormat guru di sekolah dan di mana-mana. Sebab Etuza amat hormat guru dan menyenangi kerjaya guru maka apabila diajuka soalan tentang cita-cita, Etuza akan kata CIKGU ( GURU ) sebagai cita-cita utama.

Zaman ini telah kelihatan keadaan pelajar tidak hormati guru. Baik di sekolah atau di merata tempat. Etuza akuinya. Lalu terdetik dalam hati, tertanya-tanya dan mencari jawapan pada masalah itu. Pernah berselisih dengan bekas pelajar Etuza sendiri, hanya memandang dan berlalu tanpa menegur Etuza. Entahlah apa masalahnya. Hendak juga Etuza menegur tetapi apa kan daya seolah Etuza tidak diperdulikan. Yang paling sedih pelajar itu sebenarnya adalah juga seorang guru, berkerjaya seorang guru seperti Etuza ( Bertugas di sekolah lain). Sekali lagi Etuza hendak cakap entahlah ...pelik pun ada. Etuza terpanggil meluahkan entri ini, kerana ada akhbar buat kenyataan seperti di atas HORMATI GURU KERANA ALLAH. Subahanallah terima kasih Harian Metro buat kenyataan itu. Cuba kita fikir-fikirkan sebenarnya guru terawal kepada seorang anak ialah IBUBAPANYA sendiri. 

Etuza harap sangat 2016 ini dan akan datang, Etuza tidak menemui hal seperti apa yang berlaku dalam cerita Etuza di atas. Etuza harap amalan saling hormat menghormati itu kita letakkan sebagai satu amalan yang benar-benar tinggi nilai moralnya. InshaAllah.


Infor : Salah satu hadiah di gambar itu telah dikembalikan kepada Etuza oleh Pos Laju.Makluman mereka ialah Penerima Mizz Aiza tidak dapat dihubungi.Saya mohon maaf kepada Blogger Mizz Aiza kerana hadiah ini nampaknya tidak sampai ke tangan anda. Etuza pun dah usaha hubungi Mizz Aiza. Andai masih tiada respon, kita anggap hadiah ini bukan rezeki Mizz Aiza. Alamat di beri dah betul..cuma tiada no phone.
Harap maklum.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. selagi boleh hormatilah guru kita..biar pun kita telah menjadi "seseorang" atau biasa biasa sahaja..anggap seperti ibu bapa kita sendiri..hormati lillahitaala..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan PC..hormat ni subjektif..halus tapi nyata

      Padam
  2. Zaman sekarang menjadi guru bukan kerana minat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalam HA..happy dari HA ni..teringat suatu masa lalu selalu usik HA melalui komen di blog..bangkit semula ya. Ya ada informasi atau kenyataan begitu jadi guru bukan kerana minat

      Padam
  3. kadang2 sedih tengok guru2 zaman sekarang. apa2 pun guru2 mesti disalahkan oleh ibubapa murid.. sedangkan mereka dh cuba buat yg terbaik utk murid2 tu. dulu saya pun bercita-cita nak jadi guru juga, hehe. sebab tu saya faham kesusahan yg cikgu2 sekolah alamai..
    semoga lepasni pelajar lebih menghormati guru :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tugas guru ni bagus mulia, mendidik anak bangsa..namun kerasa seorang buat silap semua terpalit..macam2 berlaku dalam organisasi ini..apa kan daya bertugas seperti biasa..kena terima hakikat sukar nak bulat kan hati manusia ..kan rambut sama hitam hati lain2

      Padam
  4. GURU PEKERJAAN MULIA MENDIDIK GENERASI YG PAHALANYA BERKEKALAN HINGGA AKHIRAT...RUGI KAN KALAU X JADI GURU...SDG HIDUP DI DUNIA KAN SEMENTARA SAJA...

    BalasPadam
  5. Walhal sebenarnya, guru adalah insan-insan yang dihormati tinggi dalam masyarakat kerana tugasan berat yang mereka jalankan dalam mendidik anak-anak bangsa menjadi insan-insan yang berguna..:)

    BalasPadam
  6. salam cikgu,
    budak dulu nak angkat muka depan cikgu pon takut, budak sekarang boleh buat suka suka hati je.


    saya pon masa kecik kecik dulu selalu pk nak jadi cikgu dan saya jugak lemah math ,

    BalasPadam
  7. Hormati cikgu tuu penting sbb disitu letaknya berkat kita dlm hidup

    BalasPadam
  8. Sukarnya untuk dihubungi jika xder no telefon..

    BalasPadam
  9. Sentiasa respek dengan guru..jasa guru memang besar kepada kita..terima kasih cikgu..

    BalasPadam
  10. Hormati guru..kerana guru adalah lilin yang menerangi hidup kita...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.