Dulu RM 9.50 Masa Ini RM 13. 65 Sen

Dulu RM 9.50 Masa Ini RM 13. 65 Sen
Jenis pasu sebegini memang Etuza gemar membeli..
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Bab pasu-pasuan memang antara yang selalu Etuza beli. Memang gemar membeli pasu seperti dalam gambar. Itu yang dulu hanya RM 9.50 sen yang dijual di Melimewa Supermarket di Keningau, 4 tahun yang lalu. Sekarang sudah mencecah RM13.65 sen di Melimewa. Huuu!!! agak mahal dan rasanya tak dapat beli jika bukan keperluan mendesak.

Harga lain lagi mahal dengan brand atau jenis yang berkilat. Jenis di atas agak kasar dan biasa sahaja. Kalau jenis lain memang Etuza tidak dapat beli kerana harga mencecah paling kurang RM 25.00. Huuu...lagi besar dan cantik lagi mahal. Ada mencecah RM 100.00 pun ada jika pasuan jenis ini.

Pasu ini, nampak cantik kemas dan menarik dipandang. Bunga yang di tanam juga akan cantik pada pasuan ini. Cuma awas ya, jika jatuh sahaja akan retak lalu pecah berkecai. Huuu!! jangan merugikan diri dengan membeli pasu jenis ini kemudian pegang tidak hati-hati. 

Pasuan plastik, memang banyak jenis dari kecil ke besar. Pasu plastik juga akan pecah jika jatuh, terlebih-lebih terjatuh di atas simen atau lantai batuan.

Hari ini, Etuza dan mama membeli pasuan ini. Ada corak dan baru RM 13.65 sen. Beli 5 pasu sahaja sementara yang lain pasu plastik berharga RM 1.50 sen. Keci lah boleh di guna untuk tanam apa juga jenis bungan jenis jangka pendek. Kalau bunga kertas, bunga raya atau bunga baiduri, elok juga guna pasuan seramik seperti di atas.Petang ini projek menanam bunga dan akan bersambung menanam membenihkan bunga baru pada hari esok,

Catat Ulasan

7 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.