Belajar Untuk Sabar

Belajar Untuk Sabar

Belajar Untuk Sabar

Belajar Untuk Sabar... Usah jadi manusia yang ego & sombong..

Asalamualaikum semuanya. Apa khabar? 

Suatu hari Etuza ada terbaca entri blogger hebat Malaysia iaitu blogger Ben Asahaari tentang layanan pelayan restoran di dalam blog Ben Asahaari. Etuza baca entri Blogger Ben dengan rasa sedih dan teringat terus satu situasi Etuza dan dua anak lelaki remaja Etuza di dalam satu restoran. Tempat dan nama restoran itu, Etuza rahsiakan dan biarlah rahsia buat selamanya. Tetapi Allah tahu tempat itu di mana dan bagaimana keadaan itu terjadi.Hehehe....buat anda risau pula kan apa yang  sebenar berlaku.

Dalam blog Blogger Ben, dia ada menyatakan bagaimana Ben dan Isterinya di layan dengan tidak baik di sebuah restoran. Sila baca SINI kisah layanan di restoran yang Blogger Ben alami. Selepas Etuza baca Etuza terasa sedih dan teringat layanan di sebuah restoran terhadap Etuza dan dua anak lelaki remaja Etuza. Sedih betul bila ingat keadaan ini.

Belajar Untuk Sabar

Biasa juga ya Etuza masuk di restoran di mana restoran yang terkenal akan Etuza cuba masuk dan nikmati juadah lazat mereka. Entahkan terfikir atau tidak para pelayan restoran itu atau pemilik restoran, tentang kehadiran pelanggan baru ke restoran mereka itu adalah rezeki yang hebat kepada pemilik restoran tersebut. Ok...ada pengusaha restoran makanan, bukankah tujuan membuka restoran untuk memberi perkhidmatan menjual makanan yang pelbagai kepada sesiapa sahaja pelanggan. Bukan begitu ke?..

Oleh yang demikian kenapa masih ada pelayan restoran di mana-mana yang amalkan sikap sombong dan bongkak. Bukan itu biadab ke namanya!. Jika pelanggan di layan dengan sombong haram Etuza tak akan pijak lagi restoran itu.Sehingga kini Etuza tidak lupa kejadian di restoran ini. Sungguh malu rasanya, bagaikan kami ini pelanggan yang hina rasanya. Maklumlah orang kampung, tinggal di kampung. ( Huuuu merendah diri ).

Ceritanya begini. Anak Etuza oder milo pink dan anak seorang lagi oder minuman horlick pink manakala Etuza oder minuman jeruk asam perasa tea. Makanan pula Etuza oder mee goreng dan anak remaja Etuza oder nasi goreng petaya dan seorang oder soto ayam. Minuman Etuza jeruk asam perasa tea dan minuman oder anak-anak juga dihidangkan.

Tiba-tiba anak Etuza bernama Irfan menolak minuman ke depan Etuza sambil bercakap " Ayah ada semutlah, saya tak nak lah minum milo pink ni, boleh tak diganti" Etuza perhatikan ya memang ada semut, semut hitam dan terapung. Etuza mulanya rasa segan hendak panggil pembantu pengurus. Namun dengan niat ikhlas Etuza akhirnya panggil pembantu pengurus restoran itu dan minta di ganti.Etuza tengok pembantu pengurus restoran itu baik saja. 

Makanan kemudian di hidang tetapi hanya mee goreng dan nasi goreng petaya sahaja yang dihidangkan, sementara soto ayam dan milo pink anak etuza belum dihidangkan. Lama sungguh kami menunggu. Kami menunggu dengan sabar, sebab hendak makan secara bersama-sama. Kesian pula Etuza dengan anak remaja lelaki Etuza lama menunggu. Etuza ajak anak-anak tetap bersabar dan menunggu.Terfikir juga Etuza bersalah kah kami setakat minta ganti segelas air minuman milo pink dan minuman segelas yang dah di bawa itu sudah Etuza maklumkan akan bayar juga . ( Mereka untung pun ada , minuman dibuang Etuza dah niat hendak bayar juga)

Etuza panggil lah pembantu pengurus restoran itu. Pengurus sebenar Etuza kenal sangat, ketika itu tidak ada di restoran. Tiba-tiba dalam ruang memasak bising dengan bebelan pekarja atau pelayan dalam restoran itu. Etuza tengok pelayan itu bertuduhan dan memerhati kami dengan mata yang kurang menyenangkan. " Aik..kenapa ya?  salah besar kah  kami dengan meminta ganti segelas air milo pink yang ada semut hitam itu? rasa pelik betul lah pelayan tu hari ini" Bisik hati Etuza. Sekali lagi Etuza panggil pembantu pengurus bertanya tentang soto ayam oder anak Etuza.

Sekali lagi dalam ruang memasak bunyi bising periuk belangan dan pinggan mangkuk berbunyi. Sebaik keadaan itu berlaku Etuza cepat2 makan juadah dan tinggalkan setengah mee goreng ayam kepada anak lelaki Etuza. Sehingga kami selesai makan, minuman milo pink dan soto ayam tidak di hantar. 

Ketika Etuza melihat pelayan di ruang dapur, mereka seolah memandang kami dengan pandangan yang tidak mesra pelanggan. Ya Allah apa lah salah kami. Semasa membayar harga makanan kepada pembantu pengurus itu ada Etuza berkata, " Terima kasih ya layanan di restoran ini" kemudian kami beredar dengan hati yang benar-benar hampa dan malu. Etuza berazam tidak sekali-kali akan masuk ke restoran ini. Maaf seribu kali maaf. Tolong jangan paksa Etuza masuk ke restoran itu. 

Untuk hilangkan kampunan soto ayam Etuza akhirnya pergi membeli soto ayam di sebuah gerai kecil di tepi jalan menuju ke desa Etuza. Ha soto ayam itu baru pula murah dan sedap serta layanan amat baik, dari jauh pemilik gerai itu senyum dan mengalu-alukan kehadiran Etuza. Subahanallah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

Kurang rezeki jika berlagak sombong kan cikgu

salam cikgu ! maaf lama tak singgah .

biasa lah tu , memang kena banyak sabar , mungkin ramai orang ketika itu

Sedihkan cikgu...tapi berkat sabar...dapat makan soto yang sedap dan layanan yang baik..alhamdulillah..

Pernah juga menerima layanan seperti ini, perlu sabar hadapi semua ini..

Pasti ruang dapur itu tak bersih, cayalah..

Cikgu..

Banyak juga typing error kat entri ini, nak tegur ke tak erkkkkkkkk? segan le pula, cam le diri ini perfect sangat..

Andainya saya dapat layanan serupa ini, gerenti tak akan masuk sampai bila2, banyak lagi kedai makan..

bagus cikgu bersabar.. kalau aiza rasanya hilang sabar.. hehe..

cakap pasal soto.. dah lama tak makan.. macam teringin je nak makan..

Sakit hati bila ada layanan sebegini..kebersihan adalah perkara utama

Sabar mengajar kita erti kehidupan yang sebenar

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger