Back To School Sesi 2016

Back To School Sesi 2016

Asalamualaikum & salam sejahtera.

Baru sepetang tidak online blog kesayangan ini, sudah terasa amat rindu. Pelik juga penangan rindu pada blog sendiri, pelik sebab tertanya-tanya apakah itu yang dirindukan sangat. Mudah saja ada rindu bertamu di hati ini pada blog ini kerana dalam blog ini akan menemui banyak blogger terkenal di Malaysia, lepas tu yang paling menarik dapat membaca ilmu catatan di blog teman maya selain dapat membaca banyak komentar yang menarik dan saling interaksi antara satu sama lain di dalam blog.

Selesai solat maghrib segera Etuza online.Hendak membaca dan updatedkan blog kesayangan ini dengan entri BACK TO SCHOOL. Ya kembali ke sekolah, di sekolah Etuza balik ja terus ada Program Penyayang & 3 K ( Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan ) Program ini di bawah kendalian Unit HEM dan dilancarkan oleg Guru Besar Sekolah. Seperti biasa Etuza yang di arahkan untuk ambil gambar dokumentasi. Tugas ambil gambar ni, tidak perlupun Etuza di arah, sudah hobi dan kesukaan Etuza klik-klik gambar pelbagai. Best kan bekerja dengan Etuza.


Kejutan Hari Pertama Sekolah 

Tiba-tiba saja ada pengumuman penerima hadiah dari Unit Hem. Terkejut semua apabila Unit Hem memberi hadiah kepada seorang guru wanita iaitu Ustazah Rupiyah Jusrie penerima hadiah paling awal datang ke sekolah dan hadiah kepada 4 murid sekolah yang paling awal datang ke sekolah. Murid itu ialah Nurayu Athirah, Dauglas Dumat, Grace Badriah dan Hafiz Abdullah. Sementara Pn. Suzana  Abas mendapat hadiah penghargaan atas kerjasama menyediakan banner BACK TO SCHOOL di atas pentas.Nampak kreatiflah cikgu Suzana Abas. tahnia kepada semua penerima hadiah kejutan awal persekolahan di sekolah Etuza.

Cg Suzana Abas menerima hadiah penghargaan awal 
persekolahan hari ini di sekolah Etuza.


Selepas acara penyampaian hadiah , di jemput pula seorang guru wanita Alosia, guru Bahasa Inggeris di sekolah ini. Syabas dan tahnia kepada warga sekolah kerana semua perkara di sekolah dapat diusahakan dengan lancar. Semoga sekolah Etuza menjana kecemerlangan lagi pada taun 2016.

Antara guru-guru yang awal hadir ke sekolah hari ini
termasuk Etuza hadir jam 6.40 pagi. ( awal ke tu ..)) )

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Wahhh....berpagi-pagi...tak rugi...dapat hdiah kenangan di tahun baru....

    BalasPadam
  2. Cikgu kena awal lagi..hahaha..cik akak penah datang sekolah lepas subuh...kiki

    BalasPadam
  3. Selamat menjalankan tugasan tahun 2016 buat cikgu Etuza... semoga anak bangsa kita terus terdidik dan maju jaya hendaknya... aamiin. :)

    BalasPadam
  4. Ya selamat kembali ke sekolah. Nanti bulan 3 boleh cuti hehhe

    BalasPadam
  5. HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SEMUA GURU N MURID TERPAKSA KE SEKOLAH LBH AWAL...MERIAH SUNGGUH SUASANANYA N ADA MAJLISNYA LAGI BAGUS TU...

    BalasPadam
  6. kalau cikgu yang datang jam 6;40 pagi tak dapat hadiah, budak2 dan cikgu yang datang awal tu agak2 pukul berapa la mereka sampai ye??heheh

    BalasPadam
  7. Alya terpaksa ponteng di awal hari persekolahan sebab ikut bersama hantar si abangnya nun jauh di sana.

    Kesian dia sebab tiada orang yang boleh menjaga sepanjang ketiadaan kami.

    BalasPadam
  8. Kelas kat Sabah bermula jam berapa ya Cikgu?

    BalasPadam
  9. Teringat masa di alam persekolahan, jam 6.30 berjalan kaki ramai2 ke sekolah dengan jarak lebih kurang 2KM, keadaan gelap lagi

    BalasPadam
  10. Cikgu tak dapat hadiah ke? Manalah tahu ada anugerah Cikgu Blogger hihi...

    BalasPadam
  11. salam ! semoga dipermudahkan segala urusan persekolahan

    BalasPadam
  12. Selamat memulakan pengajaran cikgu...semoga di permudahkan segalanya...

    BalasPadam
  13. Selamat kembali ke sekolah..lambat pulak CP wish kan hehe..maaf sibuk sikit

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.