Anak Blogger Balik Ke Asrama Hari Ini

Anak Blogger Balik Ke Asrama Hari Ini 


Anak blogger bersama dengan rakan sebaya dan sekelas.Gembira dapat berjumpa kembali di SMK Agama, Keningau.Semoga tahun 2016 anak blogger dan kawan-kawannya beroleh kejayaan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Anak blogger bersama dengan abang sepupunya Mohammad Azim. Mohammad Azim tingkatan 3 2016, dan anak blogger Etuza tingkatan 2 2016. Keduanya balik ke sekolah dan tinggal di asrama SMK Agama Keningau, bermula hari ini.  Semoga mereka berdua sentiasa mengikut nasihat guru dan ibubapa mereka. Amin.


Inilah asrama putera di SMK Agama Keningau, Sabah. Nampak tinggi sebanyak 4 tingkat. Warden Asrma mereka seorang ustaz yang sangat baik dan amat bertanggungjawab, iaitu Ustaz Rezani Mohd Taufik. Dialah yang selalu imam kepada semua pelajar asrama di masjid selain guru dan ustaz lain. Semoga tahun 2016 disiplin pelajar asrama sentiasa baik dan tidak membebankan Ustaz Rezani serta pembantunya. Amin


Dalam gambar ada ustaz Rezani. Abadikan kenangan dalam blog Blogger Etuza. Sempat berbual dengan Ustaz Rezani hari ini, menyentuh hal pelajaran Bahasa Arab pelajar yang melibatkan anak Blogger Etuza. Alhamdulillah Uztaz Rezani memberikan pendapat yang baik bahawa semua pelajar SMK Agama Keningau adalah pelajar yang baik semuanya. Mereka kena rajin ulangkaji dan katanya harus menggunakan buku teks tiap mata pelajaran sebagai master main pada subjek. Kerana semua soalan ujian atau peperiksaan sebenarnya merujuk juga kepada buku teks khasnya mata pelajaran Bahasa Arab. Sebelum beredar kliklah infor INI.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. ASSALAM SEMOGA ANAKBLOGGER ETUZA MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG SETERUSNYA DUNIAWI N UKHRAWI...

    BalasPadam
  2. semoga anak2 blogger semua cemerlang dunia akhirat... :)

    BalasPadam
  3. semoga berjaya di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...moga anak cikgu sentiasa cemerlang bukan didunia saja malahan akhirat juga....amin...

    BalasPadam
  5. semoga memperoleh ilmu yang barakah ...

    BalasPadam
  6. wow...alam persekolahan...sudah lama keladi tinggalkan...ohhh asrama....gud luck...selamat tahun baru untuk persekolahan...adik-adik

    BalasPadam
  7. salam cikgu,
    moga moga anak cikgu baik baik saja dia asrama tu

    BalasPadam
  8. Anak saya takde yang duk asrama tahun ni...sedang tunggu result ke sekolah lain untuk tingkatan 4.

    BalasPadam
  9. Semoga mendapat ilmu yang manfaat ye adik2
    Teringat cik akak zaman cik akak dulu....
    Masuk asrama rasa nak nangis..hahaha....

    BalasPadam
  10. Anak blogger yang mana satu ya? hensemnya..

    BalasPadam
  11. Kat rumah kamipun dah kembali sunyi.

    BalasPadam
  12. Rindulah mama nanti, kurang sorang anak lelaki kat rumah....
    Semoga berjaya dan bakal menjadi khalifah yg berilmu dan berkarisma

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.