11 Jan Hari Bahagia Kita Bersama

11 Jan Hari Bahagia Kita Bersama.
5 gambar di atas adalah gambar Etuza hari ini..

Asalamualaikum & Salam sehati sejiwa.

Dalam hidup ini pasti ada ketikanya anda menunggu sesuatu hari dengan penuh harapan, penuh rasa indah yang agak lain dari hari-hari dalam kehidupan anda. Dan jika kita hendak kongsi lagi akan ada banyak hari yang kita begitu teruja untuk menanti dan melalui detik penuh sejarah itu.

Baiklah elok kita terus ke maksud yang Etuza katakan itu. Lebih baik kita teruskan sahaja penjelasan tentang hari yang Etuza maksudkan. Anda ada hari dilahirkan ke? ha itulah hari yang cukup indah dalam memori  hidup kita.Pasti hari kelahiran kita, hari di mana ibu kita lahirkan kita ke dunia nyata ini. Detik itu, semestinya kita kena lakarkan sesematnya dalam hati dan jiwa. Hari itu kita kena tambahkan atau lipat gandakan kesyukuran kepada yang maha Esa. 

11 Jan 2016 sebenarnya bagaikan detik Etuza dihidupkan semula setiap tahun. Akan ada 11 Jan..akan ada ingatan kepada hari di mana Etuza di lahirkan. Dan bukan Etuza sahaja sebenarnya yang lahir pada 11 Jan. Ada ramai lagi, dan teringatlah Etuza terhadap seorang artis wanita terkenal yang sama tarikh lahir dengan Etuza, iaitu penyanyi no 1 negara iaitu Dato' Siti Nurhalizah. Kebetulan sama tarikh, tetapi tahun dilahirkan adalah beza.

Terlanjur berblog maka Etuza ingin ucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN kelahiran kepada Dato' Siti Nurhalizah, dengan ucapan semoga mendapat rezeki terindah dari Allah yang maha Esa. Semoga Dato' Siti Nurhalizah dapat permata hati tahun ini dengan menimang cahaya mata sebagaimana harapan dan cita-cita Dato' Siti yang hendakkan baby anugerah dari Allah.Amin.Insha Allah esok boleh lah Etuza cerita apa kehendak dan azam Etuza sempena hari ulang tahun kelahiran Etuza ini.

kongsikan kepada anda gambar Dato' Siti Nurhalizah di Astro Ceria Pop Star,

Kepada teman blogger, esok 11 Jan kelahiran Etuza usahlah pula menilai itu ini tentang bintang saya ya . Capricon. Segalanya tentang kita sudah di tentukan oleh Allah. Apa juga sesuatu yang berubah adalah berdasarkan usaha kita.

lihat lagi gambar Etuza ..hanya kenangan dalam blog ini.

Esok adalah hari yang indah..indah dari biasa yang sebenarnya hari-hari yang kita lalui itu indah ..

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Happy birthday Cikgu.
    Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Aamiin.

    BalasPadam
  2. SELAMAT HARI ULNG TAHUN CIKGU SEMOGA SHT WALAFIAT BHGIA SELALU MURAH REZKI PANJANG USIA..

    BalasPadam
  3. Moga cikgu dberi kesihatan dan kehidupan yang baik2..amin

    BalasPadam
  4. salam cikgu,
    sanah helwah , moga Allah permudahkan segalaurusan cikgu dunia akhirat

    BalasPadam
  5. samabut hari lahir dengan dtck la etuza... yeahhh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ..tarikh ja tu sama..tahun beza..Etuza dah berumur

      Padam
  6. selamat hari lahir ya etuza..


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html

    maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah mia sangat berterima kasih ya..terima kasih ucapan selamat hari lahir ini..

      Padam
  7. Cikgu, bolehlah sambut dgn Tok Ti, jgn lupa jemput saya sekali tau hihi....Bezday yg ke berapa ye cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ya, ohooo sekadar informasi ja nom..kata orang hari yang indah ..sebagai blogger ni lah cara lakarkan memori hari lahir..dah berumur..Hainom masih muda..jauh lebih muda tu ya

      Padam
  8. Tarikh sama dengan penyanyi pujaan CP..

    BalasPadam
  9. syukur alhamdulillah semoga dengna dipanjangkan usia akan memanmbahkan lagi keberkatan dalam hidup dan berbakti kepada agama negara dan bangsa...insyaallah

    BalasPadam
  10. tarikh lahir cikgu sama dengan siti nurhaliza.. ;)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.