10 Blogger Komen Unggul Dalam Ingatan. Maaf Terlambat Bukan Lupa

10 Blogger Komen Unggul Dalam Ingatan. Maaf Terlambat Bukan Lupa


Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari-hari ingat hendak kirimkan hadiah penghargaan ini, tetapi ada sesuatu yang belum mengizinkan. Rasanya tidak sempurna jika ada yang kurang. Seolah seperti masakan lauk yang tidak letakkan garam pastilah ada yang kurang dan tidak sedap pula yang memakannya. Seolah seperti itu, kemungkinan ada blogger dari 10 yang unggul itu akan turut terasa. Dan yang paling rasa adalah Etuza sendiri.

Selalu dalam minda ini, bersarang pertanyaan.." hai bila lah nak poskan hadiah ni? sudah setengah bulan Jan 2016 belum lagi lah dapat diurus. Nak kat sibuk sangat memanjang tidak juga, tetapi itulah Etuza terus terang ada satu yang belum Etuza urus sebagai iringan kepada hadiah yang Etuza rencanakan ini". Hadiah ni bukan special sangat pun ya, agak beza dari biasa yang Etuza hadiahkan iaitu brand minuman Elken sekotak tiap blogger yang berjaya dalam komentar suatu masa dahulu. 

Etuza kali ini, merancang hendak kirimkan hadiah ini dengan cara pos biasa. Semoga alamat yang telah ada itu akan benar-benar betul dan blogger akan dapat hadiah dari Etuza itu. Teringat Etuza kepada blogger Iryanty Ismail, hadiah yang dia beri dikirim dengan pos biasa ke alamat Etuza. Alhamdulillah sudah sampai dan kehadiran hadiah dari Blogger Iryanty Ismail amat menyenangkan kami sekeluarga. Ya, jika tiada masalah  doakan agar pada hari Isnin minggu hadapan sebelah petang sepuluh hadiah unggul komentar Disember 2015 Etuza dapat kirimkan ke alamat 10 blogger yang terbaik dalam komentar di blog Etuza. Mohon maafi Etuza atas kelewatan kirimkan hadiah yang tidak special dari Etuza untuk anda. Mohon agar tidak perlu di letakkan dalam blog sebagai entri updatedkan blog anda ya.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. ASSALAM..WAH MASIH MASUK DLM SENARAI NI...TKSH CIKGU ETUZA..

    BalasPadam
  2. Tahniah...nama cik akak naik tak..haha

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada semua yang tersenarai..alhamdulillah..entah kenapa tiba-tiba PC rasa sangat terharu....terima kasih CIKGU..

    BalasPadam
  4. Bertuah para pemenang ni kan cikgu etuza..:)

    BalasPadam
  5. salam, Alhamudlillah moga murah rezeki cikgu

    BalasPadam
  6. Hadiah apa pula ni Cikgu?? alorrrrrrrrrrrrrrrr segan sangat2..

    BalasPadam
  7. x perlu pos lagi Cikgu, gabung jer setahun sekali, save masa, save bajet dsb.. (cam le diri ini bertuah sangat, kih kih kih.. )

    BalasPadam
  8. aiza pun ada juga disember? Alhamdulillah.. terima kash cikgu.. baru berkesempatan bagi alamat pada cikgu..

    BalasPadam
  9. tahniah kepada semua yang rajin komen.. ;)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..terima kasih cikgu..susah susah aje..

    BalasPadam
  11. Terima kasih Etuza..susah nak jumpa blogger seperti Etuza yang sering menghargai sahabat maya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.