Warna - Warna Kehidupan

Warna- Warna Kehidupan..


Asalamualaikum Teman Maya Juga Pembaca Maya Ini.

Hidup Ini Umpama Warna Yang Bercorak.

Hidup ini umpama warna yang berbagai corak, sebab itu ada ayat Pesona Warna-Warna Kehidupan dalam header blog ini. Apakah warna-warna kehidupan itu.Antaranya.

1. Warna - Apabila kita mendapat kegembiraan atau kebahagiaan dalam hidup kita bagaikan berseri - seri dunia ini. Hati terasa amat gembira bagaikan bunga mekar indah. Begitu sekali rasa bahagia itu, mampu mewarnakan hati dan perasaan.Adalah sukar digambarkan warna gembira itu dengan lukisan mural.

2. Warna - Apabila ada kesedihan hingga ada titis air mata. Itu senjata terutama wanita yang berjiwa halus. Bab lelaki jarang kelihatan ada yang menitiskan air mata, jika bukan benar-benar meruntun hati lelaki atau menyentuh tahap rasa kesedihan lelaki. Bila ada kesedihan warna yang ceria dalam hati bertukar menjadi layu, sugul dan muram serta sukar tersenyum. Ini kerana hati itu telah di warnai dengan kesedihan yang bersebab. 

3. Warna-warna kehidupan ada banyak lagi. Rasa pahit, kecewa, lemah, lesu, hilang mood, ada nya kekesalan dan beribu warna pun ada. Reliti kehidupan sebenar penuh dengan warna-warna silih berganti setiap hari dan ketikanya selagi kita hidup di alam nyata.

Tuhan - Ampuni diriku kiranya pernah menyakiti sesiapa.
Tuhan - Bawalah diri ku agar selalu bersabar dan sentiasa belajar untuk sabar.
Tuhan - Cekal kan diri ku agar sentiasa positif diri.
Tuhan - Bawa lah diri ku agar tidak mengaibkan sesiapa pun kerana diriku ini ada banyak kelemahan diri, sampai bila pun daku tidak akan menjadi sempurna sepertiMu ya Tuhanku.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Hidup jadi indah diwarnai warna2 kehidupan.

    BalasPadam
  2. Tiba2 terkenang laman warna2 kehidupan yang lalu..

    BalasPadam
  3. itulah lumrahnya manusia meniti perjalanan menuju destinasi abadi, banyak warna warni banyak ujian dan dugaan..semoga kita terus melangkah dengan izinNya .

    BalasPadam
  4. itulah kehidupan..jika tiada warna tidak berseri

    BalasPadam
  5. Ya Allah ampunilah dosa dosa ku aminnn

    BalasPadam
  6. oh perasaan kita macam warna-warna ... pelbagai :)

    BalasPadam
  7. Salam, begitu lah kehidupan penuh dengan jatuh bangun tawa dan tangis

    BalasPadam
  8. Lumrah kehidupan..warna-warna kehidupan menyinari hidup ini..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.