Terpesona Namun Sebenarnya Ada Kekurangan

Terpesona Namun Sebenarnya Ada Kekurangan

 Terpesona Namun Sebenarnya Ada Kekurangan
Inikah Dikatakan Ada Kualiti..
Gelas kaca bertutup RM 12.00 apa kualitinya..berbaloi kah membelinya..
Salam Sejahtera Semua 

Kemarin pergi ke Fajar Supermarket di laluan jalan balik ke tempat tinggal Etuza. Atau lebih tepat tempat Fajar Supermarket ini berkedudukan dekat Jambatan Pegalan menuju ke Daerah Sook atau dekat Jambatan Pampang. Rasanya ada nama simpang jalan menuju ke Fajar Supermarket ini, tetapi ingat-ingat lupa.

Nampak Gelas Kaca Bertutup Dibalut Plastik Lutsinar.

   Anak-anak Etuza sibuk mencari makanan untuk di beli dan di bawa balik ke rumah. Etuza cuba cuci mata tujuan menunggu anak-anak Etuza selesai membeli mana yang disukai, tetapi sudah awal berpesan beli yang berkhasiat dan harga berpatutan. Dalam melihat-lihat barangan yang ada dalam Fajar terlihatlah gelas kaca bertutup di balut dengan plastik lutsinar

    Etuza tahu gelas kaca yang standrad saiz itu dibalut kerana ada tutup, agar lebih selamat dan tak akan terpisah dari tutup gelas kaca dan badan gelas kaca tersebut. Cantik dan amat sesuai bagi Etuza sebagai blogger seperti Etuza yang ada kalanya berblogging sambil minum minuman panas.Kerana TERPESONA makan Etuza belilah gelas kaca bertudung ini dengan harga RM12.00 ( mahal rasanya ) Apakan daya demi sukakan gelas ini rela Etuza beli juga lah.

Cuba tengok gambar, sebelum diguna dan selepas diguna. Sekarang ini juga gelas kaca telah siap ada di atas meja komputer Etuza sedang blogging. Hebatkan. 

Gelas Kaca Bertudung Apa Kuliti Sangat Ke?

Etuza : Cantik tak gelas ni ada tutup tau!
Mama : Humm!! bila beli tu?
Etuza : Petang kemarin dekat Fajar Supermarket dekat Jambatan Pampang tu.
Mama: Kenapa tak beli gelas plastik saja, kan ada juga yang ada tutup tu.
Etuza: Ala..tak minat lah, tak ada yang sesuai..eee..ni kan bagus cantik kualiti lagi. RM12.00 ni 
Mama: ( Ketawa ) awak tu ja yang tak perasan, mana ada kualiti, kan gelas kaca dalam rumah ni dah banyak yang pecah.( sambil menonton TV)
Etuza: Tahu ...tau sangat mudah pecah, itu pastilah berlaku jika tak hati-hati, guna gelas kaca bertutup ni kena guna baik-baik, ada caranya. Lagipun tak kan pecah jika hati-hati lah. Awak tahu tak, gelas kaca bertutup ni bagus. Bila awak buat kan saya air minuman tak adalah lalat ke nyamuk ke habuk ke dalam rumah jatuh ke dalam gelas minuman saya. Betul tak!. Ha kan selalu ada habuk bila menyapu rumah. Tu lah tujuan saya beli. Awak boleh juga guna sama.
Mama : Diam..jeling saya ja..macam tak puas hati ja.
Etuza: Iya lah ada lebihan duit saya beli lagi lah untuk awak. Beli satu ja tadi petang, tak ingat untuk awak. ( Etuza ketawa mengusik mama- Lucu lah)
Mama : ialah awak betul lah tu..bila nak buka plastinya tu?
Etuza: ( sambil buka balutan plastik - terasa lah terpesona seketika gelas kaca bertutup cantik woooi!!!)

Untuk komen unggul Disember gelas kaca bertudung akan Etuza hadiahkan kepada anda. Tunggu pastilah ada cabaran untuk memilikinya. Hadiah untuk komen unggul Nov 2015 semuanya telah di balut, kecuali alamat blogger Mizz Aiza belum dapat lah. Boleh tak bantu khabarkan pada Mizz Aiza sama dia dapat hadiah juga.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

Gelas kesayangan cikgu yer ^-^

nak beli gak lla tapi nak beli mug besaq besaq yg ada tudung dier baru best teguk air banyak2 hehehehehe

Siapalah yang bertuah, pastinya bukan saya, hi3

Alahai, macam2 idea cikgu setiap bulan..

boleh tahan harganya cikgu.. tapi kalau dah berkenan tu tak peduli lagi harganya.. pasti kena beli juga.. hehe..

Tabik dengan Etuza..sentiasa bagi penghargaan buat pembaca blog

alaa..kenapa saya dan awak bukan abg dan syg hehehehe

cantik je gelas ni rm12 tu agak mahal lah

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger