Tahniah! Piala Malaysia 2015 Ke 33 Milik Selangor

Tahniah! Piala Malaysia 2015  Ke 33 Milik Selangor 

Imej menarik kemenangan Selangor ( 2-0 ) tewaskan Kedah..
Andik Vermansah - Jadi Viral...
Asalamualaikum & salam Sehati Sejiwa.

Awal pagi Etuza terniat hendak membuat pembacaan tentang sukan. Ya sukan khasnya perlawanan antara Selangor dan Kedah musim ke 33 Piala Malaysia 2015. Etuza ada membuat pembacaan dari laman sosial hal perlawanan ke peringkat akhir Piala Malaysia ke 33 tahun ini. Antara Selangor dan Kedah. Musim 2014 Selangor tewas sebenarnya dan kelihatan tidak mahu balik dengan tangan kosong. 2015 Piala Malaysia Selangor Julang dengan cemerlang tanpa berbalas ( 2-0) Menewaskan Kedah.

Berita Gembira Rakyat Selangor 

" Susulan kejayaan pasukan itu menjulangi Piala Malaysia Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin mengumumkan cuti peristiwa pada isnin" Wah! gembiralah rakyat Selangor -Isnin diberi cuti khas peristiwa kejayaan besar Pasukan Bola Sepak Selangor. Molek lah tu.

Senarai Pemain Selangor 

Senarai pemain Selangorpada malam ini ialah Robert Richard Cornthwaite, Muhd Shahrom Kalam (kapten), Andik Vermansah (Mohd Fitri Shazwan Raduan), Leandro Dos Santos Oliveira Nazmi Faiz Mansor, Ahmad Hazwan Bakri (S.Veenod), Guilherme De Paula Lucrecio, Abdul Hadi Yahaya (K.Gurusamy), Mohd Raimi Md Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Norazlan Razali.
Pasukan Kedah dibarisi pemain Seungwhan Bang, Shafizan Hashim (Muhd Syafiq Ahmad), Baddrol Bakhtiar, Chidi Edeh, Khairul Helmi Johari (kapten), Mohd  Rizal Ghazali, Muhamad Syazwan Tajudin (Muhd Farhan Roslan), Mohd Syazwan Zainon, Mohd Firdaus Muhamad (M Shazwan Abdullah), Liridon Krasniq dan Sandro Da Silva Mendonca. – Bernama, 12 Disember, 2015.Klik SINI untuk lebih lanjut.
TAHNIAH SELANGOR!

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tahniah kepada pasukan Selangor sebagai Juara..

    Tahniah juga kepada pasukan Kedah, kalian juga terbaik di kalangan pasukan terbaik..

    BalasPadam
  2. Tahniah selangor...
    Andik pujaan ramai.....bola umpama sahabat

    BalasPadam
  3. saya menanti kebangkitan pasukan Sabah..pernah juga jadi pasukan digeruni hujung 90-an dulu.

    saya duduk Selangor, tapi kerja di KL, so tak dapatlah cuti...hehehe

    BalasPadam
  4. Tahniah Selangor. Sebagai anak jati Kedah, Helang Merah akan terbang tinggi tahun hadapan

    BalasPadam
  5. memang suka hati sebab selangor menang, jadi esok kami pun dapat cuti jugak...tapi kan cikgu bilalah pasukan bola sepak sabah nak naik macam dulu2..teringin jugak tengok kebangkitan pasukan bola sepak sabah jadi yang disegani macam dulu...

    BalasPadam
  6. Kurang berminat dengan dunia bolasepak malaysia sekarang ni..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.