Surau Di Tepi Jalan, Keunikan Sepanjang Jalan Kampung Petikang Keningau & Doa Bersama

Surau Di Kampung Petikang Laut Keningau 


Asalamualaikum, bertemu di udara maya. Medan sosial yang menemukan pena jejari kita, yang dizahirkan oleh kata-kata atau informasi yang mampu dibaca lalu kita selami dengan hati dan akal budi. Hanya mereka yang perihatin dengan bahan artikal kita sahaja yang mampu memahami tiap lontaran ilmu kita yang dikongsi hingga akan menjadi satu perkara baru dalam titian kehidupan insan yang bergelar manusia, sahabat maya dan saudara seislam kita, juga jalinan persahabatan maya tanpa mengira agama dan suku kaum.( Intro ni lulus ke..)

Surau Di Tepi Jalan

Ada perjalanan ada pandangan lalu ada yang dikongsi. Lewat Kampung Petikang Laut, Keningau pada 8hb Nov 2015, kita akan melihat banyak tempat yang kita boleh singgah. Antaranya kita akan nampak sebuah surau bercat hijau, benar-benar di tepi jalan raya besar menuju ke jalan menuju ke Bandar Keningau dan ke simpang empat menuju ke jalan Tenom. Corak binaan surau ini biasa sahaja, berpagar dan rasanya surau baru dibina. Singgah di surau ini kemarin tetapi lupa tengok bila surau ini di bina. 

Apa Keunikan  Di Sepanjang Kampung Petikang Keningau

Sepanjang jalan Kampung Petikang Laut hingga ke Kampung Petikang Ulu, kita juga akan nampak Jabatan Meteorologi Keningau, sawah bendang, Kilang Papan, Perkampungan Kampung Petikang yang kelihatan berselerak, Kebun Bunga, Kebun Getah, Jalan Ke  IDA ( Sekolah Memandu ) dan Pusat  Puspakom ( JPJ) Daerah Keningau.Hebat juga jalan sepanjang Kampung Petikang Laut dan Kampung Petikang Ulu sehingga ke round about menuju ke Jalan Kimanis - Kota Kinabalu dan jalan ke Kampung Masak Keningau.Selain itu pada kawasan berhampiran dengan round about menuju ke Kimanis - Kota Kinabalu akan kelihatan satu kawasan bangunan baru yang di namakan Commercial  Borneo Keningau. ( Etuza lihat belum siap sepenuhnya - tetapi kelihatan seperti tempat pusat membeli belah rasanya, kalau perumahan tidak sesuai kerana depan bangunan pada bahagian bawah dibuat dinding kaca. Lokasi  di kawasan dekat Kampung Petikang Ulu dan Kampung Masak Keningau). Baiklah kata - kata akhir dari Etuza.

" Ya Allah ampunkanalah dosaku, dosa kedua ibubapaku dan semua orang Islam yang masih hidup atau yang telah mati" Amin

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. teringin ke bumi Sabah lagi. Masa mengajar di Papar tu x sempat jejak kaki ke Keningau...

    BalasPadam
  2. Rasa macam nak jer gi Keningau ni..
    Itu hari pergi KK ajer..

    BalasPadam
  3. Surau tepi jalan mudah untuk berhenti solat.

    BalasPadam
  4. sekali pandang surau tu macam rumah biasa kat Penang ni je. Takada signboard...

    BalasPadam
  5. ASSALAM CIKGU ...KENINGAU YG INDAH DAN PESAT PEMBANGUNAN DUNIA N AKHIRATNYA.

    BalasPadam
  6. Ahhh sabah one of the place that must go every year :D - Syamsid Blog -

    BalasPadam
  7. Harap bila ada surau cantik, kehadiran jemaah juga cantik. Jangan jadi macam surau dekat rumah saya nak dapat satu saf solat jemaah pun tersangat susah kecuali malam Jumaat ada sedikit pertambahan jemaah...

    BalasPadam
  8. Belum pernah sampai ke Keningau cikgu... sy takat KK jak.. insyaAllah suatu hari nti :)

    BalasPadam
  9. Teringin nak pijak kaki ke Keningau, bila gamaknya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah kan..kak yan kalau pi keningau nak jumpa sepasang suami isteri yang sering berbuat kebajikan sesama insan...nak tengok depan2 mata ..

      Padam
  10. Sejuk mata memandang surau warna hijau ...umah yan juga warna hijau..

    BalasPadam
  11. surau tu berkunci tak? kalau terletak tepi jalan enang lah org nk singgah solat tanpa alasan lagi

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.