Siapa Lelaki Ada Saiz 27 Inci

Siapa Lelaki Ada Saiz 27 Inci

Siapa Lelaki Ada Saiz 27 Inci

Lelaki baju biru tu lilitan pinggang 27 Inci ( agaknya ramai
remaja lelaki bersaiz pinggang 27 Inci 
Asalamualaikum semua.

Petang hari ini Etuza dan Irfan pergi berjoging bersama-sama. Irfan hari-hari berjoging, katanya tidak mahu naik lemah pada badan, tidak mahu berat lagi bertambah. Lepas tu Etuza perhatikan Irfan agak kurang makan, mulanya pelik sebab sepatutnya remaja seperti usia Irfan berselera makan. Kemudian terfikir Irfan dah pandai jaga badan dia.Tahniah anakandaku Irfan.

Setiap Lelaki Ada Saiz Pingang Sendiri ( Ini Etuza - Saiz Pinggang Anda lain Ya)

Ternampak dalam folder pictures dalam komputer gambar Etuza bersama sahabat Etuza dalam gambar atas itu. Masa ini lilitan pinggang 27 Inci  ( tahun 2000). Usia memang muda belia, remaja lah katakan. Ketika itu memang Etuza ni bersaiz badan kecil dan kurus. Memang inilah badan Etuza yang Allah kurniakan. Etuza ingat hingga 2003 lilitan pinggang Etuza mulai naik ke 28 Inci Masih selesa dengan pakaian dan seluar panjang Etuza yang ada. Semasa di Maktab Perguruan naik lagi lilitan pinggang ke 29C Inci.Etuza masih rasa selesa, nampak tubuh badan berisi dan agak tembam sedikit. Mulai naik berat juga. Berat Etuza yang paling Etuza ingat ialah 56Kg. Ringan kan...sesuai lah dengan ketinggian dan umur masa itu. Berat sekarang ha!! berapa?Lupakan ja ya, atau boleh teka ?

Bila nampak gambar di atas, jauh betul beza kelihatannya. Berbanding gambar lelaki di dalam gambar di bawah ini. Lihat pinggang pun tidak lagi cantik. Lilitan pinggang lelaki ini dalam gambar itu ialah 32 inci Risau pula jika naik ke 33 inci lagi. Hendak kurangkan saiz lilitan pingang dari 32 inci ke 30 inci agaknya boleh kah di kurangkan. Tabiat suka makan kuih muih kena kurangkan mulai hari ini.Periksa tekanan darah hari ini pun kurang menggembirakan. Tekanan darah yang baik kena 120 atas dan 80 bawah. Cek jantung cantik, tetapi tekanan darah tu agak tak baik. Tu sebab buat misi dan visi kurangkan lilitan saiz pinggang.
Saiz 32 Inci ..alamak lilitan pingang semakin bertambah..
Tak lawa lagi lah ..dalam ketinggian seperti lelaki dalam gambar..
Nampak ke depan sedikit perut yang Allah beri ini...alamak...
Impian Kurangkan Lilitan Pinggang.

Terbaru lilitan pinggang 32 inci. jauh betul beza dari 27 inci ke 32 inci.Seluarpun berubah. Itu lah realitinya kehidupan ini. Saiz badan kadar isi lemak pun naik melekat dalam tubuh badan kita. Usaha untuk ke arah kurangkan lilitan pinggang ini kena buat juga, oleh itu misi visi itu telah mulai hari ini.Semoga usaha Etuza ini akan berterusan dan jika berhasil Etuza kongsikan pada anda semua. Tips lebih sihat dan badan cergas dan ceria.Siapa tidak mahu tampil lebih sihat hati pun bahagiakan. Usaha yang perlu di lakukan ialah:-

1. Joging setiap hari diwaktu petang.
2. Kurangkan makan kuih muih
3. Kurangkan makan makanan berlemak
4. Banyakkan makan sayuran & buah-buahan.
5. Senaman - pemanasan badan 
6. Aktiviti naik bukit secara ulang alik
7. Amalkan minum tea ( herba)- bersihkan usus
8. Amalkan minuman pembersih usus ( lactos - produk Elken 2 kali seminggu )
9. Banyakkan minum air putih
10. Kurangkan gula..atau langsung tidak ambil, sebab minuman 3 in 1 dah cukup untuk bancuh segelas air minuman.

Doakan Etuza dapat buat secara istiqomah. InshaAllah. Hari ini telah dimulakan misi visi kurangkan lilitan pinggang ke 30cm.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

14 ulasan

Amboi gambar zaman muda mudi ye cikgu

Inci

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

kita senasib la abe etuza. masa belajar di UM thn 1993, umur 20 thn tu lilitan pinggang cuma 28. Sekarang dah 38! Harap2 x akan naik lagi. Thanks for the tips to overcome obesity above. I will try them out!

bagus cikgu..gambar muda remaja itu jadikan inspirasi untuk capai visi dan penuhi misi...in sha Allah boleh..kalau pun tidak 100%..50% itu syukur..niat untuk sihat dan mudah beribadah nanti Allah hadiahkan apa yang kita inginkan..good luck cikgu..yakin boleh lillahitaala..

ya Cik akak lilitan pinggang 27cm masa tu..zaman itu mustahil kembali lagi..hanya mampu bersyukur dan jaga kesihatan...amin

Inci..alamak apa maksud ni ya..tanpa nama ni pelik ..semoga tidak ada lagi lah tanpa nama. Bagus bagi nama, ya kita tak tahu tetapi Dia tahu siapa ni..

Inci..alamak apa maksud ni ya..tanpa nama ni pelik ..semoga tidak ada lagi lah tanpa nama. Bagus bagi nama, ya kita tak tahu tetapi Dia tahu siapa ni..

Saiz kita sama sekarang Etuza hehe..

tersilap komen tu Cikgu, mungkin anak2 yang usik kot, tertekan bahagian komen.. abaikan..

Irfan tak mahu naik lemah pada badan @ lemak pada badan? cam pelik sikit ayat tu

Maksud dia ukuran yang cikgu berikan mungkin salah... Bukan dalam cm tapi inci. Betul juga... kalau 27cm tu lebih kurang satu kaki jer panjangnye. Tak mungkin ukur lilit pinggang hanya 27cm! Mungkin cikgu perlu semak semula unit tu... cm atau inci sebenarnya.

Asalam BM..terfikir sukatan inci, saya teragak2 juga nak letak cm, mm ke atau inci sebenarnya. Oooo inci lah tu kan..terima kasih ya BM membetulkan. Saya tukar unita dulu nanti beli penyukat. Saya lihat saiz seluar panjang ja..ada kena tulis 32, 31,28.27..inci lah tu kan..

terima kasih ya Tanpa nama dan blogger BM yang tegur sukatan unit salah..ni lah kelemahan saya..saya catat ja apa no dalam seluar tu ingatkan CM hehehe..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (435) Ceritaku (420) Berita (380) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (119) Sejarah (105) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Percutian (26) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Kucing (20) Perkahwinan (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger