Seronok Meraikan Hari Lahir Bersama Sahabat

Seronok Meraikan Hari Lahir Bersama Sahabat

Meraikan Hari Lahir Bersama Sahabat Di Mesir
Asalamualaikum semua.

Meriakan hari Lahir Anda

Bagaimana anda meraikan hari lahir anda sendiri? Pasti ada insan tersayang dalam keluarga yang menjadi master main untuk jayakan sambutan hari lahir anda ( Harijadi). Dengan itu anda hanya bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan kerjasama kerana anda dapat sponser sebenarnya. Sebab itu anda harus tonjolkan diri dengan wajah ceria dan paling bahagia hari itu. Suasana dalam majlis dalam rumah atau di tempat lain begitu meriah dengan adanya ucapan dan tepukan menghargai hari lahir anda.

Berlainan cerita hal sambutan hari lahir ketika kita berada jauh di sisi keluarga.Itulah suasana yang dialamai oleh anakanda Etuza yang pergi menuntut ilmu di Negara Mesir. Sambutan hari lahirnya hanya kami mampu mengucapkan Selamat hari Lahir menerusi talian sosial wastup dan  serta laman sosial facebook dan blog. anakanda sulung, menyatakan sambutan hari lahirnya disambut bersama sahabat dan rakan sebayanya. Katanya terkejut dengan kejutan kawan-kawan katanya.

Di Bawa Bersiaran 

Mulanya kawan-kawan memberi arahan untuk dia bersedia kerana mereka hendak membawa anakanda bersiar-siar di Bandar Cairo, Mesir. Anakanda agak pelik katanya kawan-kawan begitu mesra dan melayan anakanda lain dari hari-hari biasa. Langsung tidak tahu ada acara sambutan seperti hari lahir saya katanya. Tiba-tiba sampai di satu restoran orang Arab, nyanyian selamat hari lahir serta sajian kek di atas meja siap dengan belon warna-warni ditujukan kepada saya katanya. 

Menurut anakanda dia amat terkejut, kerana dia terasa seketika dilayan bagaikan PUTERI pada hari itu. Sporting sajalah, happy sangat kerana semua keperluan sambutan hari lahir anakanda disediakan oleh semua kawan-kawan anakanda di Al Azhar, Mesir. Begitulah ceritanya, secara ringkas menyambut hari lahir di tempat yang jauh dari keluarga.

Selamat hari lahir buat anakanda tersayang.
Selamat menghadapi hari-hari bahagia dalam titian hidup ini.
Kuatkan semangat dan istiqomah dalam melakukan perkara wajib.
Tahniah  pada usia kini..dan doa tawakal di rantau orang.
Doa ibubapa setiap saat untukmu..
Semoga bahagia bersama teman-temanmu..
Usaha yang gigih pasti merai kejayaan.Amin.
 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. selamat hari lahir anakanda etuza semoga sukses di dunia n akhirat.

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir buat anakanda Etuza..meriah walaupun di perantauan

    BalasPadam
  3. Sanah helwah buat anakanda cikgu, .
    Sememangnya tika jauh dari family sahabat memainkan peranan penting , saya pon pernah laluinya

    BalasPadam
  4. selamat hari lahir utk anak cikgu...moga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat aminnnnnn

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir buat puteri CE..semoga sihat beliau d isana dan dapat belajar dgn tekun

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Lahir buat Puteri Sulung..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.