Selepas Habis Exam SPM Apa Hendak Dibuat?

Selepas Habis Exam SPM Apa Hendak Dibuat?

Selepas Habis Exam SPM Apa Hendak Dibuat?

Asalamualaikum semua.

Persoalan di minda ini mungkin juga bermain di minda anda!

    Peperiksaan SPM akan berakhir pada 8hb Nov 2015. Agak lama proses peperiksaan SPM ini. Rasanya jika kometed dan pelajar SPM mampu memanfaatkan masa yang agak jarak masa menduduki peperiksaan tiap subjek boleh score A semua mata pelajaran. Sebabnya, setiap seminggu ada satu atau dua mata pelajaran yang mereka duduki. Sebagai contoh minggu ini hanya satu paper sahaja iaitu pada hari khamis ( kemarin ) mata pelajaran sains sukan sahaja mengikut jadual. Minggu depan pada hari selasa ( 8hb Nov 2015 ) paper sains sukan juga. Tengok sahaja jarak masa. Hari ini ulangkaji banyak-banyak latihan dan latihan pasti boleh jawab dengan baik. Berbanding masa Etuza dahulu hampir setiap hari ada paper dan SPM cepat habis dapat bercuti banyak selepas SPM.

Persoalannya hendak buat apa selepas SPM?

Tempoh masa untuk menunggu keputusan SPM 2015 memang satu jarak masa yang agak lama. Lebih kurang 3 atau 4 bulan seseorang pelajar SPM berehat. Bukan lagi seperti biasa yang kejar masa, ulangkaji dan mentelaah pelajaran sebagai persediaan ambil SPM. Kini selepas SPM ( tamat peperiksaan ) seseorang pelajar SPM itu akan berada bersama keluarga kita masing-masing.Masa inilah ibubapa kena membuat satu perancangan terbaik untuk anak lelaki atau perempuan yang sudah habis SPM tahun ini. Namun terfikir di minda kita hendak buat apa ya selepas SPM?

Buat senarai aktiviti yang dikira mampu mengisi masa menunggu keputusan SPM 2015.

1. Pergi belajar memandu kereta ( ok bagus ada pengisian- tidak lah boring sangat)
2. Berniaga! ha berniaga apa? cari modal mana! ibubapa lah bagi modal kan. Tapi berniaga apa..masak nasi lemak pun tak boleh..
3. Membantu keluarga bersih kan kebun. Ini jika di kampung mesti lah ada kebun. Alamak pandai kah pegang parang ni ...risau pula fikir .
4. Jadi anak solleh membuat kerja-kerja rumah sepeninggalan ibubapa pergi kerja. Jaga kebersihan rumah dan sebagainya. Huuu! sangupkah dek!!
5. Pergi cari kerja di kedai Cina..ooo ok juga gaji pun ok kan start RM 800 agaknya tu. Etuza ada bertanya mereka yang bekerja angkat2 barang dari store dekat Hiap Lee Keningau. Bersih aroud RM 700 lebih selepas di tolak KWSP.Ok lah tu RM 700 siapa bagi dek..
6. Jadi guru kelas tambahan, nak tak mengajar..pening kepala nanti kan.
7. Diam-diam di rumah menonton main game ke!! hadui tak boleh sepanjang masa membuang masa jatuh haram tu dek.
8. Pening sudah nak fikir..sebab bakal ada anak Etuza lepas exam SPM kena rancang agar berbaloi percutian lama menunggu SPM diwartakan.
9. Terserah adik lah ya, nak buat apa selepas SPM 2015.
10. Etuza pesan, usah membuang masa ya..sekurang-kurang jaga hati ibubapa anda. Mohon buat lah kerja yang ada manfaat kepada diri adik dan keluarga ya. 
Dan rajin solat...please.


Gambar sekadar hiasan blog...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

12 ulasan

Tak perlu risau...Manfaat kelapangan dengan cara yang berfaedah

Kalau kakak dulu memang kerja di kilang sambil hari Ahad (masa tu Johor cuti Ahad lagi) kakak belajar komputer. Dulu kat rumah mana ada komputer macam sekarang.

jom bisnes dengan shaklee

Kebanyakannya akan bekerja separuh masa atau belajar memandu :)

assalamualaikum.... saya datang bertandang....

Wah satu perkongsian yang sangat berguna :).. terbaik cikgu

buatlah apa yg menafaat sambil tunggu result exam..

Kerja la sementara dimana-mana, sebagai pengalaman..:)

Anak sulumg saya dulu selepas spm, ambil lesen kereta & bekerja di kantin sekolah bersama Makcik asrama.

Lepaslah untuk duit poket dia, sekarang inipun setiap kali cuti sem, banyak masa dia dihabiskan bersama makcik kantin.

Lagipun dia dah terima vaksin pencegahan tifoid.

kena manfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.. kalau kerja tu ok juga cikgu, boleh menimba pengalaman..

Perkongsian yang meanrik dari Etuza..CP dulu buat part time kat McDonalds

biasa ambil lesen memandu x pun bantu lah CE buat bisness Elken tu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger