Seiras Dengan Blogger Hainom Okje - Pandangan Anda? Di taman Pertanian Sabah 2015 #5

Seiras Dengan Blogger Hainom Okje - Pandangan Anda? TPST #5

Minta maaf saya copy Madam Hainom Okje..sebab nak
bagi anda tengok wajah seiras anda..

Asalamualalikum semua. 

Cerita dalam blog ini masih lagi hal program lawatan kami sekeluarga di Taman Pertanian Sabah di Tenom pada 22hb Disember 2015. Etuza tidak pasti ada berapa episod, tetapi Etuza akan kongsikan kepada anda tentang lawatan kami di TPST dan juga di Rumah Kebudayaan Orang Murut di Tenom.

Seiras Ke Mereka Ini?

Masa di Taman Pertanian Sabah di Tenom, ketika naik train ke taman orkid, nampak seorang wanita, menghalakan pandangan ke arah belakang mengambil gambar pasangan suami isteri dan baby. Etuza fikir, wanita itu ada kaitan dengan pasangan suami isteri ini. Tapi yang mengejutkan muka wanita itu sama ( seiras ) dengan seorang blogger iaitu blogger Hainom Okje. Ya blog Hainom Okje. Terkejut juga nampak, ingatkan blogger Hainom Okje. Bila tengok betul-betul wanita itu masih remaja lagi bersama dengan kawan  perempuan seorang lagi.Blogger Hainom Okje ni ibu muda kelihatannya.Nak Tengok bloh Hainom Okje, klik SINI.

Sama lah bentuk muka, pakai kaca mata hitam lagi. Tidak sempat pula hendak bertanya. Tidak manis bertanya rasanya sedangkan ada anak isteri Etuza bersama. Etuza sempat bertanya dengan pasangan suami isteri yang duduk kongsi kerusi yang sama dengan Etuza. Katanya dari Johor, datang ke Keningau lawat keluarga katanya. Mereka tinggal di Taman Savana di Keningau. Saja bersiaran di Taman Pertanian Sabah katanya. Ok..itu saja yang Etuza tanya, dia tanya Etuza dari mana pula. Ok jawab dan pasangan itu angguk-anggukkan kepala saja. 


Inilah train yang kami naik keliling Taman
Pertanian Sabah di Tenom
Gambar pasangan suami isteri dari Johor
bercuti di Keningau dan datang ke TPST pada 22hb Disember 2015

Gambar ini, Etuza minta tolong pelawat lain ambil gambar
kami sekeluarga..

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Ada iras hainom okje tu etuza..
    Dah kata ada muka serupa 7 org .. tentu juga nanti ada yg iras Etuza ;)

    BalasPadam
  2. kalau ia memang betul blogger Hainom okje..boleh lah selfie dan masukkan cerita dalam blog..

    pasti pasangan kita dan dia faham bahawa sebagai blogger memang kawan punya..sama kerjaya

    BalasPadam
  3. Rasanya x samalah Cikgu, tak taulah kalau tengok secara realiti.

    BalasPadam
  4. Mungkin stail bertudung hampir sama kot..

    BalasPadam
  5. Hihi.... mcm tak sama jer cikgu.... Yg tudung biru tu muka slim, yg tudung kelabu tu muka tembam haha....

    Cikgu, saya tak ke Keningau pun dlm masa terdekat ni, so mmg bukan sayalah tu. Apa pun terima kasih cikgu atas ingatan. Mmg betul, kadang tu serba salah jugakkan nak tegur kalau terjumpa geng alamaya dialam realiti ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo tak sama menurut tuan diri, mybe pandangan orang lain ..faham ..tapi ada terkejut sebab seolah sama pada mulanya. Tak berani lah nak tegur nama. Lagipun wanita..hormat ister ..hehehe..

      Padam
  6. Nampak dalam gambar memang seiras..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.