Santai Makan Tengahari Di Taman Pertanian Sabah ( Tenom ) Di Kelilingi Tasik Tenang #4

Santai Makan Tengahari Di  Taman Pertanian Sabah ( Tenom ) Di Kelilingi Tasik Tenang #4


Asalamualaikum Semua. Selamat petang.

Tibalah masanya hendak santap juadah dari rumah, hasil makanan air tangan mama yang bangun awal pagi semalam, semasa kami pergi seharian di Tenom Sabah. Memang menarik dan berbaloi sekali. dari jam 9 pagi keluar rumah dan sampai di rumah kira -kira jam 5.00 petang. Jika tidak singgah di Pekan Tenom, khasnya bersolat rasanya awal balik ke rumah. Selain melambatkan perjalanan ialah kami singgah di Rumah Orang Murut Sabah ( Pusat Kebudayaan Orang Murut Sabah. Tiket melawat di sini orang dewasa RM 8.00 dan pelajar RM 3.00. Ada tiket juga.

Santai Makan Tengahari Di Pondok Rekreasi Di Tasik ( Kolam )

Lihat gambar pada saya satu pemandangan yang kelihatan ala-ala di luar negara ( alamak perasan ) Masa ini, kami makan tengahari. Angin bertiup sangat menyegarkan, melihat saujana air dalam tasik begitu menarik. Selera makan pun naik sekali, dua kali tambah. Semua  berselera, atau memang agak lapar anak-anak Etuza masa itu. 

Makan di pondok rekreasi yang kukuh sekali. Sesekali kedengaran ikan melompat menyambut butiran nasi yang tersisa atau jatuh ke lantai. kami makan santai-santai sahaja. Oleh kerana kami tidak membawa tikar untuk duduk di lantai, maka kami duduk pada kerusi panjang yang ada disediakan. Agak lengang ketika kami berada di tasik ini. Pelawat ramai yang sudah balik dan ke pekan Tenom dan meneruskan pemanduan ke tempat asal masing-masing. 

Tertunai Hasrat Hati ( Allah Kabulkan Niat )

Sebenarnya tempat di tasik inilah yang sangat Etuza harap dapat melihat dan melawat di TPST ini. Sebab pondok rekreasi yang kukuh dan cantik binaannya itu seolah kelihatan berada di lokasi bagaikan di luar negara ( ala-ala seolah ja ) pada gambar di Laman Sosial. Klik SINI . Sebab itu Etuza ajak anak - anak ke tasik ini, selepas mendapat informasi dari pegawai bertugas. Alhamdulillah..betullah sangat indah suasana di tasik ini. Kita akan melihat saujana air dalam tasik dan kita akan melihat satu menara setentang dengan pondok rekreasi tempat kami berehat. Nampaknya hajat dan niat utama Etuza untuk melihat keindahan tasik dan keunikan pondok rekreasi ini tertunai Allah kabulkan. Terima Kasih Ya Allah.

Tidak sempat ke menara itu, kerana Etuza rancang sebaik selesai makan dan rest seketika terus mulakan perjalanan balik ke Keningau. InshaAllah lain hari akan pergi lagi di sini. Semoga Allah kabulkan. Sebelum balik meninggalkan tasik sempat lah ambil beberapa gambar kenangan kita bersama. Jika menarik pada anda berilah pujian kepada Allah ucapkan atau bertasbihlah Subahanallah, Allahhuakhbar, Alhamdulillah.Selamat melihat gambar di Tasik TPST.






Wah! wah bergaya sakan lah keluarga Etuza berlatar belakang kan pondok rekreasi di tasik ini. Apa tidak sangat menarik dan kami perasan seolah berada di satu negara yang sangat terkemuka. Hahaha tidak lain dan tidak bukan Negara Malaysia lah serta di Sabah lah tempat ini. Sesiapa yang hendak visit ke TPST, usah lupa lawat di Tasik TPST ini. Jika tidak anda rugi datang ke TPST.



Juadah yang di bawapun ala kadar saja..
masakan orang kampung ja...namun sangat sedap..
Terima kasih kepada mama yang menyediakan untuk kami.



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. wah.. cantik2 gambar.. tu anak2 cikgu ke? .. comel2 semuanya

    BalasPadam
  2. Cuti-cuti malaysia ka cikgu etuza..:)

    BalasPadam
  3. sabah masih hijau, indah dan sejuk. jagalah ia sebaiknya...

    BalasPadam
  4. Masyaallah .....sedapnya juadah isteri cikgu tu. Terliur sungguh saya pagi pagi ni....Tu bukan simple dah tu, kalah restoren tau....
    Makan pulak kat tepi tasik dlm dlm pondok rekreasi.

    Saya respect betul isteri cikgu! Rajin masak.

    BalasPadam
  5. Terliur pula tengok juadah mama, resepi plsssssss....

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.